Penjelasan kepada tular mengenai doa malaikat Jibrail menjelang Ramadhan yang tersebar luas di kalangan umat islam apabila Ramadhan hampir tiba


Soalan Kemusykilan



Setiap Kali Ramadhan Semakin Menjelang, Pastinya Saya Akan Menerima Mesej Tentang Sebuah Hadis Berkaitan Doa Jibril Dan DiAamiinkan Oleh Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam Serta Para Sahabat. Hadith Tersebut Berbunyi: Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan " "ya Allah Tolong Abaikan Puasa Ummat Muhammad, Apabila Sebelum Memasuki Bulan Ramadhan Dia Tidak Melakukan Hal-hal Yang Berikut: * Tidak Memohon Maaf Terlebih Dahulu Kepada Kedua Orang Tuanya (jika Masih Ada); * Tidak Berma'afan Terlebih Dahulu Antara Suami Isteri; * Tidak Bermaafan Terlebih Dahulu Dengan Orang-orang Sekitarnya. Maka Rasulullah Pun Mengatakan Amiin Sebanyak 3 Kali. Dapatkah Kita Bayangkan, Yang Berdo'a Adalah Malaikat Dan Yang Meng-amiinkan Adalah Rasullullah Dan Para Sahabat , Dan Dilakukan Pada Hari Jumaat. Adakah Benar Wujud Doa Ini ?  *****************************************************************************



Jawapan:



Setelah dibuat carian, kata-kata ini tidak diketahui asalnya, sanadnya dan lafaz kata-kata tersebut daripada mana-mana kitab-kitab hadith. Pengkaji hadith mendapati kata-kata dengan lafaz tersebut adalah palsu dan suatu cubaan untuk berdusta atas nama Baginda Nabi Muhammad .  Justeru itu, haram bagi kita untuk menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Ini kerana, menyandarkan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah adalah satu dosa yang besar.



 



Bahkan dalam kitab "أنيس الساري في تخريج وتحقيق الأحاديث التي ذكرها الحافظ إبن حجر العسقلاني في فتح الباري"    ,terdapat banyak hadith lain yang lafaznya seakan sama kepada kata-kata di atas yang datangnya daripada beberapa perawi-perawi dan riwayat yang berbeza-beza lafaznya. Antaranya daripada hadith Jabir bin ‘Abdullah r.a., hadith Abu Hurairah r.a., hadith ‘Ammar bin Yasir r.a., hadith Anas r.a., hadith Kaab bin ‘Ujrah r.a., hadith Malek bin al-Huwairith r.a., hadith Jabir bin Samrah r.a., hadith ‘Abdullah bin al-Harith bin Juz’i al-Zubaidi r.a., hadith Ibn ‘Abbas r.a., hadith Ibn Mas‘ud r.a., hadith Buraidah r.a. dan hadith Sa‘id bin al-Musayyab r.a., yang diriwayatkan secara mursal.



 



Di sini dinyatakan tiga riwayat hadith yang berkaitan;



1-         Hadith Jabir bin ‘Abdullah r.a.:



عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، " أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ".



-أخرجه البخاري في الأدب المفرد، باب من ذكر عنده النبي (ص) فلم يصل عليه، رقم حديث 644 وقال السخاوي: هو حديث حسن. والطبراني في تهذيب الأثار، باب مسند طلحة بن عبيد الله، رقم حديث 356، والدارقطني في الأفراد كما في التهذيب التهذيب (7/195) وإبن شاهين في فضائل شهر رمضان (9) والبيهقي في الشعب (3350) وإبن عساكر في فضائل شهر رمضان (6) وغيرهم.



Maksudnya:



Daripada Jabir bin ‘Abdullah r.a., bahawa Nabi menaiki mimbar, ketika Baginda menaiki anak tangga yang pertama, Baginda menyebut: “Aamiin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, Baginda menyebut: “Aamiin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, Baginda menyebut: “Aamiin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Aamiin sebanyak tiga kali”. Baginda menjawab: “Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: “Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Aamiin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkan nya ke dalam syurga (kerana tidak berbakti kepada keduanya). Aku pun menyebut Aamiin.” Kemudian Jibril AS berkata: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah ) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Aamiin.”



(Hadith riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. hadith 644, berkata al-Sakhawi: “Ia adalah hadith hasan”, al-Tabrani dalam al-Tahzib al-Athar, no. hadith 356, al-Daruqutni dalam al-Afrad, 7/195, al-Baihaqi dalam al-Syu‘ab, no. hadith 3350, Ibn Syahin dalam Fadhail Syahru Ramadhan, no. hadith 9, Ibn ‘Asyakir dalam Fadhail Syahru Ramadhan, no. hadith 6).



 




  1. Hadith riwayat Abu Hurairah r.a.:



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ  :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ.



-أخرجه الترمذي في سننه، كتاب الدعوات، باب قول رسول الله (ص) رغم أنف رجل...، رقم حديث 3545 ، عن أبي هريرة رضي الله عنه, وقال أبو عيسى : هذا حديث حسن غريب من هذا الوجه وأحمد في مسنده (2/254) رقم حديث 7139، وإبن حبان في صحيحه (908) والحاكم في المستدرك (1/549)  حديث رقم 7256، والبيهقي في الدعوات (152) وغيرهم.



Maksudnya:



Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah bersabda: "Celakalah seseorang apabila namaku disebut-sebut di hadapannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku. Dan celakalah seseorang, apabila bulan Ramadhan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan, dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga (kerana kebaktiannya)."



(Hadith riwayat At-Tirmizi, no. hadith 3545, dengan katanya hadith ini hasan gharib, Ahmad, no. hadith 7139, Ibn Hibban dalam sahihnya, no. hadith 908, al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. hadith  7256, al-Baihaqi dalam al-Da‘waat, no. hadith 152)



 




  1. Hadith riwayat Ka’ab bin ‘Ujrah r.a.:



عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : " احْضَرُوا الْمِنْبَرَ " ، فَحَضَرْنَا ، فَلَمَّا ارْتَقَى دَرَجَةً ، قَالَ : " آمِينَ " ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّانِيَةَ ، قَالَ : " آمِينَ " ، فَلَمَّا ارْتَقَى الدَّرَجَةَ الثَّالِثَةَ ، قَالَ : " آمِينَ " ، فَلَمَّا نَزَلَ ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَقَدْ سَمِعْنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئًا مَا كُنَّا نَسْمَعُهُ ، قَالَ : " إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ الصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَرَضَ لِي ، فَقَالَ : بُعْدًا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يَغْفَرْ لَهُ ، قُلْتُ : آمِينَ ، فَلَمَّا رَقِيتُ الثَّانِيَةَ ، قَالَ : بُعْدًا لِمَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، قُلْتُ : آمِينَ ، فَلَمَّا رَقِيتُ الثَّالِثَةَ ، قَالَ : بُعْدًا لِمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ عِنْدَهُ أَوْ أَحَدُهُمَا ، فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، قُلْتُ : آمِينَ " . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ .



-أخرجه الحاكم في المستدرك، كتاب البر والصلة، باب سعيد إبن أبي مريم (4/134-135)، حديث رقم 7321، وقال الذهبي هذا حديث صحيح الإسناد ، ولم يخرجاه، والطبراني في الكبير (19/144( والبيهقي في الشعب (1471) والبخاري في الكبير (4/1/220) وغيرهم.



Maksudnya:



Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah r.a. berkata, Rasulullah bersabda: "Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar”. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar dan berkata: “Aamiin.” Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi: “Aamiin.” Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi: “Aamiin.” Apabila Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu daripada tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu Baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail AS telah membisikkan (doa) kepadaku dengan berkata: “Celakalah orang yang dapat bertemu bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.” Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: “Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan selawat ke atasmu.” Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: “Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya (telah tua), namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga (dengan berbakti kepadanya).” Lalu aku pun mengaminkannya.



(Hadith sahih riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. hadith 7321, berkata al-Zahabi: “Hadith ini isnadnya adalah sahih”, al-Tabrani dalam al-Kabir (19/144), al-Baihaqi dalam al-Syu‘ab, no.hadith 1471, al-Bukhari dalam al-Kabir (4/1/220)).



 



Memadailah dengan tiga hadith yang diutarakan di atas yang cukup jelas untuk disebarkan kepada masyarakat berkaitan bulan Ramadhan. Adalah kewajipan kita untuk memelihara hadith Nabi daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda . Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Nabi bersabda:



مَنْ يَقُلْ عَلَيَّ مَا لَمْ أَقُلْ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.رواه البخاري



Maksudnya: “Sesiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak pernah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (Hadith riwayat al-Bukhari, no. hadith 109)



Oleh itu, berhati-hatilah bila disampaikan sesuatu kepada kita yang dikaitkan dengan Baginda Nabi , hendaklah menyemak hadith tersebut kepada ahli hadith ataupun daripada sumber-sumber yang diyakini.



والله أعلم.


Hits: 12001

Carian Hadith