Adakah berpuasa di bulan Sya'aban


Soalan:



Adakah berpuasa di bulan Sya’ban secara penuh sesuai dengan sunnah?





Jawapan:



Digalakkan memperbanyakkan puasa di bulan Sya’ban. Terdapat riwayat bahawa Nabi SAW sering  berpuasa di bulan Sya’ban.



Diriwayatkan oleh Ahmad, 26022. Abu Daud, 2336. Nasa’i, 2175. Ibnu Majah, 1648 dari Ummu Salamah RA berkata: ”Aku tidak melihat Rasulullah SAW berpuasa dua bulan secara berturutan kecuali beliau meneruskan bulan Sya’ban dengan Ramadhan."



Dalam riwayat Abu Daud (dikatakan), "Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh dalam setahun kecuali pada bulan Sya’ban dilanjutkan ke Ramadhan." (sahih Abu Daud, no. 2048)



Dalam hadith ini menampkkan bahawa Nabi SAW biasa berpuasa bulan Sya’ban  penuh. Akan tetapi terdapat (hadith) lain bahawa Nabi SAW biasanya berpuasa pada bulan Sya’ban kecuali sedikit.



Diriwayatkan oleh Muslim, 1156, dari Abu Salamah katanya, saya bertanya kepada  Aisyah RA tentang puasa Nabi SAW. Dia menjawab:



كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ ، وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلا قَلِيلا



(رواه مسلم، رقم 1156)



"Beliau biasa berpuasa sehingga kami mengatakan sungguh telah berpuasa (terus). Dan beliau berbuka sehingga kami mengatakan sungguh beliau telah berbuka. Dan aku tidak melihat beliau berpuasa  yang lebih banyak dibandingkan pada bulan Sya’ban. Biasanya beliau berpuasa pada bulan Sya’ban semuanya, dan biasanya beliau berpuasa pada bulan sya’ban kecuali sedikit." (HR. Muslim)



Para ulama berbeza pendapat dalam mengharmonikan dua hadith ini,



Sebahagian mereka berpendapat perkara ini berkaitan dengan perbezaan waktu. Pada sebahagian tahun Rasulullah SAW berpuasa Sya’ban secara penuh. Dan pada sebahagian tahun lainnya Rasulullah SAW  berpuasa kecuali sedikit (yang tidak berpuasa).



Sebahagian yang lain berpendapat, bahawa Nabi SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan. Sementara haditH Ummu Salamah maksudnya adalah berpuasa bulan Sya’ban kecuali sedikit (yang tidak berpuasa). Mereka mengatakan bahawa dari sudut bahasa kalau seseorang sering berpuasa, dibolehkan mengatakan berpuasa sebulan penuh.



Al-Hafiz berkata: “Sesungguhnya hadith Aisyah menjelaskan bahawa maksud dari hadith Ummu Salamah, bahawa Beliau SAW tidak berpuasa dalam setahun sebulan penuh kecuali Sya’ban bersambung dengan Ramadhan.” Iaitu bahawa beliau lebih banyak berpuasanya. At-Tirmizi menukil  daripada Ibnu Mubarak sesungguhnya beliau berkata, "Dalam bahasa Arab dibolehkan mengatakan telah berpuasa sebulan penuh bagi orang yang  berpuasa pada sebahagian besar hari dalam satu bulan tersebut."



Wallahu’alam .


Hits: 1375

Carian Hadith