Rasulullah SAW Pembawa Rahmat ke Seluruh Alam

Perawi : Abu Soleh RA

Koleksi : Sunan Ad-Darimi

Kitab :المقدمة - Al-Muqadimah

Bab :باب كيف كان أول شأن النبي صلى الله عليه وسلم - Bagaimanakah hal keadaan Nabi SAW

No. Hadith : 15

Status :

Matan Hadith

عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ, إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ

التخريج: سنن الدارمي , المقدمة , باب كيف كان أول شأن النبي صلى الله عليه وسلم ، حديث رقم 15 ، عن أبي صالح رضي الله عنه، وقال شعيب الأرناؤوط: سند صحيح لكنه مرسل، [وله طرق تعضده].

Terjemahan

Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadith riwayat Ad-Darimy, No: 15, Syeikh Syu’aib al-Arnautd berkata: “Sanad hadith ini adalah sahih tetapi ianya mursal (ada riwayat lain yang menyokongnya).


Pengajaran

1. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anbiya', ayat 107. Alam bermaksud seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Dinamakan sebagai Alam kerana ia adalah alamat atau tanda kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.

 2. Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.
 
3. Rahmat yang dibawa oleh Nabi SAW mengatasi segala pemikiran dan sempadan berpandukan wahyu dan hidayah Allah SWT, bukan mengikut hawa nafsu dan logik akal. Hanya dengan wahyu dan petunjuk Allah SWT sahajalah yang akan membawa manusia kepada jalan kebenaran dan kejayaan. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah beramal dengan sunnah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, para sahabat baginda dan para salafusoleh yang telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
 
Nota: Hadith Mursal menurut istilah adalah hadith yang gugur perawi daripada sanadnya setelah tabi’in (sahabat) sebagaimana dalam riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, No: 98 disebut: “Daripada Abu Soleh RA, daripada Abu Hurairah RA.”
 
 
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Sunan Ad-Darimi
  2. Kitab Al-Mustadrak 'Ala Al-Sahihain Li Al-Hakim
  3. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qa
  4. Kitab Syarh Tafsir Ibnu Kathir Li Al-Rajihi
  5. Kitab Tafsir Al-Kabir Li Al-Razi
  6. Kitab Al-Jami‘ Li-Ahkam Li Al-Qurtubi
  7. Kitab Al-Syifa’ Li Al-Qadi Al-‘Iyad
Hits: 4597

Carian Hadith