Jauhi Tiyarah (Firasat Buruk)

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب السير عن رسول الله صلى الله عليه وسلم - Perjalanan Rasulullah SAW

Bab :باب ما جاء في الطيرة - Pada menyatakan tentang Tiyarah (Firasat Buruk)

No. Hadith : 1614

Status :

Matan Hadith

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الطِّيَرَةُ مِنْ الشِّرْكِ وَمَا مِنَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ

]التخريج: سنن الترمذي ,كتاب السير عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في الطيرة , رقم حديث 1614 , وقَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَحَابِسٍ التَّمِيمِيِّ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَسَعْدٍ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[

Terjemahan

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tiyarah (firasat buruk) sebahagian daripada amalan syirik dan bukan daripada ajaran kami, akan tetapi Allah SWT akan menghilangkan tiyarah (firasat buruk) itu dengan bertawakal kepada-Nya." (Hadith riwayat at-Tirmizi, No: 1614, Abu Dawud, No: 3910, Ibnu Majah, No: 3538, Ahmad, No: 3504, 3957)


Pengajaran

  1. Menurut ahli bahasa, perkataan "tatayyur” atau “tiyarah" diambil daripada kebiasaan orang jahiliyah apabila ingin melakukan sesuatu akan mengherdik burung dan melihat sama ada ianya terbang ke arah kanan atau kiri. Jika ia terbang ke arah kanan bererti petanda kebaikan, namun jika ke arah kiri bererti petanda kesialan.
  2. Walau bagaimanapun, ada pendapat yang membezakan makna di antara "tatayyur" dan "tiyarah". Tatayyur adalah bersangka buruk yang muncul dalam hati, manakala tiyarah pula adalah tindakan yang diambil berdasarkan sangkaan tersebut. Kebiasaannya ia akan menyebabkan seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu kerana merasa gusar dan takut kepada tiyarah (firasat buruk).
  3. Tiyarah akan berlaku disebabkan oleh bisikan dan godaan syaitan. Ia termasuk perbuatan syirik yang menafikan kesempurnaan aqidah. Rasulullah SAW mengingatkan umat baginda bahawa Allah SWT tidak memberikan sesuatu petanda atas tiyarah (firasat buruk) atau menjadikannya penyebab perasaan takut dan khuatir untuk melakukan sesuatu. Pesanan Baginda SAW agar memohon petunjuk dengan melakukan solat sunat hajat dalam setiap perkara dan bertawakal kepada Allah SWT akan menyebabkan hati menjadi tenang serta jiwa menjadi tenteram.
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Jami‘e At-Tirmizi
  2. Kitab Sunan Abu Dawud
  3. Kitab Sunan Ibn Majah
  4. Kitab Musnad Ahmad
  5. Kitab Fathu Al-Bariy Syarh Sahih Al-Bukhari Li Ibn Hajar Al-Asqolani
  6. Kitab Tuhfah Al-Ahwazi bisyarhi Jami‘e At-Tirmizi Li Al-Mubarakfuri
  7. Kitab ‘Auni Al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Dawud Li Al-‘Alamah Aabadi
  8. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari
  9. Kitab Ma‘ariju Al-Qabul bisyarhi Sulami Al-Wusul Ila ‘Ilm Al-Usul Lil Al-Hakami
 
Hits: 3948

Carian Hadith