Muslim yang Baik

Perawi : Abdullah bin Umar RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Iman - كِتَابُ الإِيمَانِ

Bab :باب المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده - Pada menyatakan Muslim itu adalah...

No. Hadith : 10

Status :

Matan Hadith

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ.

]صحيح البخاري , كتاب الإيمان , باب المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده , حديث 10 , عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه[

 

Terjemahan

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda: "Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah (apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT.” (Hadith riwayat al-Bukhari,No. 10, 6484, Muslim, No. 40)


Pengajaran

  1. Asal perkataan Islam adalah dari perkataan Salam yang bermaksud selamat sejahtera. Perkataan Muslim bererti orang yang selamat iaitu yang memberi keselamatan dan menerima keselamatan. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat selamat dalam dirinya seumpama tiada Islam dalam dirinya.
  2. Muslim yang sempurna mestilah  menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya dan tidak sekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan terhadap orang yang tidak mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau dengan apa jua sekalipun. Sebaliknya jika seseorang Muslim  sanggup melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, maka dia termasuk dalam golongan orang yang tidak sempurna Islamnya.
  3. Seseorang Muslim yang baik juga ialah apabila dia mampu menjaga keselamatan orang lain selepas dirinya berhijrah meninggalkan perkara-perkara buruk yang dimurkai Allah SWT.

 

Hits: 5392

Carian Hadith