Musibah Penghapus Dosa

Perawi : Abu Sa’id Al-Khudri RA

Koleksi : Sahih Al-Bukhari

Kitab :Kitab Hal berkaitan Sakit - كتاب المرضى

Bab :باب ما جاء في كفارة المرض - Sakit itu Kafarah

No. Hadith : 5641

Status :

Matan Hadith

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

]التخريج : صحيح البخاري , كتاب المرضى , باب ما جاء في كفارة المرض , حديث رقم 5641 , عن أبي سعيد الخدري وعن أبي هريرة رضي الله عنهم[

Terjemahan

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)


Pengajaran

  1. Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah SWT akan sentiasa bersama-sama hamba-Nya ketika dalam ketaatan, manakala keampunan Allah SWT pula akan sentiasa bersama-sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.
  2. Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.
  3. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.
Hits: 24954

Carian Hadith