Mengulangi Dua Kalimah Syahadat Dalam Azan

Hadith Sahih

Perawi : Abu Mahzurah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 191

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُعَاذٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ عَبْدِ العَزِيزِ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي مَحْذُورَةَ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبِي، وَجَدِّي جَمِيعًا، عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْعَدَهُ، وَأَلْقَى عَلَيْهِ الأَذَانَ حَرْفًا حَرْفًا قَالَ إِبْرَاهِيمُ: مِثْلَ أَذَانِنَا، قَالَ بِشْرٌ: فَقُلْتُ لَهُ: أَعِدْ عَلَيَّ، فَوَصَفَ الأَذَانَ بِالتَّرْجِيعِ. حَدِيثُ أَبِي مَحْذُورَةَ فِي الأَذَانِ حَدِيثٌ صَحِيحٌ، وَقَدْ رُوِيَ عَنْهُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ. وَعَلَيْهِ العَمَلُ بِمَكَّةَ، وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ.

Terjemahan

Daripada Abu Mahzurah, bahawa Rasulullah SAW mendudukkannya dan mengajarkannya azan huruf demi huruf. Ibrahim berkata: seumpama azan kita. Bishr berkata: Aku berkata kepadanya, ulangilah kepadaku, maka beliau melafazkan azan dengan mengulang-ulang dua kalimah syahadat. Abu ‘Isa berkata: Hadith Abu Mahzurah mengenai azan adalah hadith sahih. Telah diriwayatkan daripadanya dari sanad lain, dan ia diamalkan di Mekah, dan juga merupakan pendapat asy-Syafi‘i.

 

 


Pengajaran

1. Al-Tarji’ yang bermaksud mengulangi azan itu merupakan sunnah menurut pendapat rajih dalam kalangan ulama’.

2. Pendapat yang lain pula menyatakan tidak sunat mengulang kerana tidak dijelaskan dalam hadith ‘Abdullah bin Zaid. Menurut sesetengah ulama’ mengulang syahadah ini adalah wasiat Nabi SAW kepada Abu Mahzurah ketika hari pembukaan kota Mekah supaya dapat menyatukan dan melembutkan hati.

Hits: 1142

Carian Hadith