Solat seorang diri di belakang saf

Hadith Sahih

Perawi : Hilal bin Yasar

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat seorang diri di belakang saf

No. Hadith : 230

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، عَنْ حُصَيْنٍ، عَنْ هِلاَلِ بْنِ يِسَافٍ، قَالَ أَخَذَ زِيَادُ بْنُ أَبِي الْجَعْدِ بِيَدِي وَنَحْنُ بِالرَّقَّةِ فَقَامَ بِي عَلَى شَيْخٍ يُقَالُ لَهُ وَابِصَةُ بْنُ مَعْبَدٍ مِنْ بَنِي أَسَدٍ فَقَالَ زِيَادٌ حَدَّثَنِي هَذَا الشَّيْخُ أَنَّ رَجُلاً صَلَّى خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ وَالشَّيْخُ يَسْمَعُ فَأَمَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يُعِيدَ الصَّلاَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ عَلِيِّ بْنِ شَيْبَانَ وَابْنِ عَبَّاسٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ وَابِصَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ وَقَالُوا يُعِيدُ إِذَا صَلَّى خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ ‏.‏ وَقَدْ قَالَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ يُجْزِئُهُ إِذَا صَلَّى خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ ‏.‏ وَقَدْ ذَهَبَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْكُوفَةِ إِلَى حَدِيثِ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ أَيْضًا قَالُوا مَنْ صَلَّى خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ يُعِيدُ ‏.‏ مِنْهُمْ حَمَّادُ بْنُ أَبِي سُلَيْمَانَ وَابْنُ أَبِي لَيْلَى وَوَكِيعٌ ‏.‏ وَرَوَى حَدِيثَ حُصَيْنٍ عَنْ هِلاَلِ بْنِ يِسَافٍ غَيْرُ وَاحِدٍ مِثْلَ رِوَايَةِ أَبِي الأَحْوَصِ عَنْ زِيَادِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ ‏.‏ وَفِي حَدِيثِ حُصَيْنٍ مَا يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هِلاَلاً قَدْ أَدْرَكَ وَابِصَةَ وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْحَدِيثِ فِي هَذَا فَقَالَ بَعْضُهُمْ حَدِيثُ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ هِلاَلِ بْنِ يِسَافٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ رَاشِدٍ عَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ أَصَحُّ ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُهُمْ حَدِيثُ حُصَيْنٍ عَنْ هِلاَلِ بْنِ يِسَافٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ أَصَحُّ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا عِنْدِي أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ لأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ حَدِيثِ هِلاَلِ بْنِ يِسَافٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ وَابِصَةَ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Hilal bin Yisaf berkata: Ziyad bin Abu al-Ja‘d memegang tanganku, sedang kami berada di Raqqah, lalu beliau bangun bersamaku (pergi) kepada seorang syeikh yang dipanggil Wabisah bin Ma‘bad daripada bani Asad. Lalu Ziyad berkata: Syeikh ini telah menceritakan kepadaku: Bahawa seorang lelaki solat di belakang saf seorang diri, syeikh itu mendengar, lalu Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mengulangi solatnya.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ali bin Syaiban, dan Ibn ‘Abbas. Abu ‘Isa berkata: Hadith Wasibah adalah hadith hasan.

Satu kumpulan daripada ulama’ melarang seseorang solat di belakang saf seorang diri dan mereka berkata: Hendaklah mengulangi solat jika seseorang solat di belakang saf seorang diri. Pendapat ini merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. Manakala, satu kumpulan ulama’ berkata: Memadai baginya jika dia solat di belakang saf seorang diri. Pendapat ini merupakan pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn al-Mubarak dan asy-Syafi‘i. Satu kumpulan ulama’ Kufah pula sepakat dengan hadith Wabisah bin Ma‘bad, mereka berkata: Sesiapa yang solat di belakang saf seorang diri, hendaklah mengulangi solatnya. Antara mereka ialah Hammad bin Abi Sulaiman, Ibn Abi Laila dan Waki’.

Beberapa orang telah meriwayatkan hadith Husain daripada Hilal bin Yisaf seumpama hadith Abu al-Ahwas daripada Ziyad bin Abi al-Ja‘d daripada Wasibah bin Ma‘bad. Hadith Husain menunjukkan bahawa Hilal telah sempat bertemu dengan Wasibah. Ulama’ hadith berselisih pendapat dalam hal ini.

Sesetengah mereka berkata: hadith ‘Amr bin Murrah daripada Hilal bin Yisaf daripada ‘Amr bin Rasyid daripada Wasibah bin Ma‘bad lebih sahih. Sesetengah pula menyatakan: hadith Husayn daripada Hilal bin Yisaf daripada Ziyad bin Abi al-Ja‘d daripada Wasibah bin Ma‘bad lebih sahih.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini menurutku lebih sahih daripada hadith ‘Amr bin Murrah, kerana ia telah diriwayatkan selain daripada hadith Hilal bin Yisaf daripada Ziyad bin Abi al-Ja‘d daripada Wasibah bin Ma‘bad.


Pengajaran

  1. Elakkan diri daripada solat berseorangan di dalam saf yang terakhir.
  2. Ada beberapa pandangan ulama’ yang melarang dan membolehkan solat di belakang saf seorang diri.
Hits: 1374

Carian Hadith