Larangan membuat saf diantara tiang-tiang

Hadith Sahih

Perawi : Abdul Hamid bin Mahmud

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Larangan membuat saf diantara tiang-tiang

No. Hadith : 229

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ هَانِئِ بْنِ عُرْوَةَ الْمُرَادِيِّ، عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ مَحْمُودٍ، قَالَ صَلَّيْنَا خَلْفَ أَمِيرٍ مِنَ الأُمَرَاءِ فَاضْطَرَّنَا النَّاسُ فَصَلَّيْنَا بَيْنَ السَّارِيَتَيْنِ فَلَمَّا صَلَّيْنَا قَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ كُنَّا نَتَّقِي هَذَا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ وَفِي الْبَابِ عَنْ قُرَّةَ بْنِ إِيَاسٍ الْمُزَنِيِّ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَنَسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مَنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنْ يُصَفَّ بَيْنَ السَّوَارِي ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ ‏.‏ وَقَدْ رَخَّصَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي ذَلِكَ ‏.‏

Terjemahan

Daripada ‘Abd al-Hamid bin Mahmud berkata: Kami pernah solat di belakang salah seorang pemimpin daripada pemimpin-pemimpin yang lalu sehingga disebabkan terlalu ramai orang, kami terpaksa solat di antara dua tiang. Ketika kami selesai solat, Anas bin Malik berkata: Kami sentiasa menjauhi perbuatan ini pada zaman Rasulullah SAW.

Pada bab ini terdapat riwayat daripada Qurrah bin Iyas al-Muzaniy. Abu ‘Isa berkata: hadith Anas adalah hadith hasan.

Dan terdapat sesetengah ulama’ melarang membuat saf di antara tiang-tiang. Pendapat ini merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. Manakala sesetengah ulama’ pula memberikan keringanan dalam hal ini.


Pengajaran

Hadith ini menceritakan larangan membuat saf di antara tiang-tiang kerana boleh memutuskan sah solat. Sesetengah ulama’ menentukan ukuran tiang tersebut. Namun, tidak mengapa membuat saf di antara tiang masjid jika jemaah masjid terlalu ramai sehingga ramai dalam kalangan mereka terpaksa solat di luar masjid.

Hits: 894

Carian Hadith