Membetulkan saf

Hadith Sahih

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Membetulkan saf

No. Hadith : 227

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُسَوِّي صُفُوفَنَا فَخَرَجَ يَوْمًا فَرَأَى رَجُلاً خَارِجًا صَدْرُهُ عَنِ الْقَوْمِ فَقَالَ ‏"‏ لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ وَالْبَرَاءِ وَجَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَأَنَسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَعَائِشَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏"‏ مِنْ تَمَامِ الصَّلاَةِ إِقَامَةُ الصَّفِّ ‏"‏ ‏.‏ وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يُوَكِّلُ رِجَالاً بِإِقَامَةِ الصُّفُوفِ فَلاَ يُكَبِّرُ حَتَّى يُخْبَرَ أَنَّ الصُّفُوفَ قَدِ اسْتَوَتْ ‏.‏ وَرُوِيَ عَنْ عَلِيٍّ وَعُثْمَانَ أَنَّهُمَا كَانَا يَتَعَاهَدَانِ ذَلِكَ وَيَقُولاَنِ اسْتَوُوا ‏.‏ وَكَانَ عَلِيٌّ يَقُولُ تَقَدَّمْ يَا فُلاَنُ تَأَخَّرْ يَا فُلاَنُ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Nu‘man bin Basyir berkata: Rasulullah SAW meluruskan saf-saf kami. Suatu hari Rasulullah keluar lalu melihat seorang lelaki yang dadanya terlalu ke depan daripada barisan kaum itu, kemudian Rasulullah bersabda: Hendaklah kamu semua meluruskan saf-saf atau Allah SWT akan memperselisihkan antara kamu sekalian.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Jabir bin Samurah, al-Barra’, Jabir bin ‘Abdullah, Anas, Abu Hurairah dan ‘Aisyah.

Abu ‘Isa berkata: Hadith an-Nu‘man al-Basyir adalah hadith hasan sahih.

Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda: Antara kesempurnaan solat ialah meluruskan saf. Diriwayatkan daripada ‘Umar bahawa beliau mewakilkan kepada beberapa orang lelaki untuk meluruskan saf. Maka, beliau tidak mengangkat takbir sehingga diberitahu kepadanya bahawa saf telah lurus.Diriwayatkan daripada Ali dan ‘Uthman bahawa kedua-duanya sangat mengambil berat tentang lurusnya saf. Mereka berkata: Luruskanlah safmu. ‘Ali pernah berkata: Bergeraklah ke hadapan sedikit, wahai fulan! Undurlah sedikit, wahai fulan!


Pengajaran

  1. Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa meluruskan saf adalah wajib dan sesiapa yang tidak meluruskannya dianggap berdosa. Manakala sesetengah ulama’ pula menganggapnya sebagai sunat.
  2. Hadith ini menceritakan kesungguhan Islam untuk memastikan penganutnya bersatu padu dan tidak berpecah belah walaupun dalam solat. Kesatuan ini digambarkan apabila makmum sama sekali tidak dibenarkan mendahului imam dalam semua perbuatan solat.
  3. Tidak meluruskan saf dalam solat boleh membawa kepada perselisihan sesama umat Islam. Jika umat Islam tidak boleh bersatu dalam meluruskan saf, maka sudah tentu dalam perkara yang lebih besar mereka tidak akan bersatu.
Hits: 614

Carian Hadith