Keutamaan saf pertama

Hadith Sahih

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Keutamaan saf pertama

No. Hadith : 225

Status : Sahih

Matan Hadith

وَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لَوْ أَنَّ النَّاسَ يَعْلَمُونَ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا عَلَيْهِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ حَدَّثَنَا بِذَلِكَ إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا مَعْنٌ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَىٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِثْلَهُ ‏.‏

Terjemahan

Nabi SAW bersabda: Sekiranya manusia mengetahui (pahala) yang ada dalam seruan azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, melainkan dengan mengundi, maka mereka akan mengundinya.

Abu ‘Isa berkata: Ishaq bin Musa al-Ansari telah menceritakan kepada kami yang demikian itu, Ma'n telah menceritakan kepada kami, Malik telah menceritakan kepada kami daripada Sumaiyah daripada Abu daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW seumpamanya.


Pengajaran

  1. Hadith ini menceritakan mengenai kelebihan azan dan saf pertama dalam solat.
  2. Hadith ini juga menjadi dalil mengenai keharusan undian dalam syariat
Hits: 464

Carian Hadith