Keutamaan saf pertama

Hadith Sahih

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Keutamaan saf pertama

No. Hadith : 224

Status : Sahih

Matan Hadith

دَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ عُمَرَ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأُبَىٍّ وَعَائِشَةَ وَالْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ وَأَنَسٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ كَانَ يَسْتَغْفِرُ لِلصَّفِّ الأَوَّلِ ثَلاَثًا وَلِلثَّانِي مَرَّةً ‏.‏

Terjemahan

Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik saf lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruk safnya ialah saf yang terakhir. Sebaik-baik saf perempuan ialah saf terakhir, dan seburuk-buruk safnya ialah saf pertama.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Jabir, Ibn ‘Abbas, Abu Sa‘id, Ubai, ‘Aisyah, al-‘Irbad bin Sariyah dan Anas.

Abu ‘Isa berkata: hadith Abu Hurairah adalah hadith hasan sahih. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda memohon keampunan bagi saf pertama tiga kali dan saf kedua sekali.


Pengajaran

  1. Hadith ini menceritakan mengenai kelebihan solat di saf pertama bagi lelaki dan saf terakhir bagi wanita. Saf terakhir merupakan saf terbaik bagi wanita kerana jauhnya daripada saf lelaki. Manakala saf pertama merupakan saf terbaik bagi lelaki kerana dekatnya dengan imam dan jauh daripada wanita.
  2. Lelaki yang suka dan membiasakan dirinya dengan saf terakhir akan mengurangkan pahalanya. Begitu juga bagi wanita. Namun, pada hari ini memadai wujudnya langsir atau penghadang yang menjauhkan antara saf lelaki dan wanita.
Hits: 1257

Carian Hadith