Keutamaan solat isyak dan subuh berjemaah

Hadith Sahih

Perawi : Jundub bin Sufyan

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Keutamaan solat isyak dan subuh berjemaah

No. Hadith : 222

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ جُنْدَبِ بْنِ سُفْيَانَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ فَلاَ تُخْفِرُوا اللَّهَ فِي ذِمَّتِهِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Jundab bin Sufyan, daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam janji Allah SWT. Maka, janganlah menyalahi Allah SWT pada janji-Nya

Abu ‘Isa berkata: hadith ini adalah hasan sahih.


Pengajaran

Hadith ini menceritakan mengenai keutamaan solat Subuh secara berjemaah dengan ganjaran pahala dalam bentuk janji Allah SWT. Janji Allah yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah pemeliharaan Allah ke atas hamba-Nya semasa di dunia dan di akhirat.

Hits: 552

Carian Hadith