Keutamaan solat isyak dan subuh berjemaah

Hadith Sahih

Perawi : Uthman Bin Affan RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Keutamaan solat isyak dan subuh berjemaah

No. Hadith : 221

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حَكِيمٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عَمْرَةَ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأَنَسٍ وَعُمَارَةَ بْنِ رُوَيْبَةَ وَجُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سُفْيَانَ الْبَجَلِيِّ وَأُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ وَأَبِي مُوسَى وَبُرَيْدَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عُثْمَانَ حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عَمْرَةَ عَنْ عُثْمَانَ مَوْقُوفًا وَرُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ عُثْمَانَ مَرْفُوعًا ‏.‏

Terjemahan

Daripada ‘Uthman bin ‘Affan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa menghadiri solat Isyak berjemaah, maka dia mendapat pahala solat separuh malam. Sesiapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka dia mendapat pahala seperti pahala solat sepanjang malam.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ibn ‘Umar, Abu Hurairah, Anas, ‘Umarah bin Ruwaibah, Jundab bin ‘Abdullah bin Sufyan al-Bajali, Ubaiy bin Ka‘ab, Abu Musa dan Buraidah.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ‘Uthman adalah hadith hasan sahih. Hadith ini juga telah diriwayatkan daripada ‘Abd ar-Rahman bin Abi ‘Amrah daripada ‘Uthman secara mauquf. Diriwayatkan juga melalui sanad lain daripada ‘Uthman secara marfu’.


Pengajaran

1. Hadith ini menceritakan kelebihan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Dalam hadith lain Nabi SAW pernah bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafiq ialah solat Isyak dan Subuh. Jika kamu mengetahui apa yang terdapat di dalamnya maka kamu akan mendatangi keduanya walaupun dengan merangkak.


2. Hadith ini menceritakan mengenai sifat pemurah Allah SWT yang memberikan ganjaran pahala yang besar kepada manusia walaupun dengan amalan yang sedikit.


3. Perumpamaan dengan sesuatu tidak mengharuskan sesuatu itu dilakukan. Perumpamaan Nabi SAW bahawa sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah maka seolah-olah dia solat sepanjang malam. Ini tidak bermaksud solat sepanjang malam dibolehkan. Apa yang dimaksudkan ialah dari segi pahala yang diperolehi daripada solat Isyak dan Subuh berjemaah. Terdapat riwayat menyebutkan bahawa Aisyah pernah berkata bahawa Nabi SAW menghidupkan keseluruhan malam. Menghidupkan malam bukan dengan solatnya semata-mata tetapi juga dengan berzikir, bersahur dan seumpamanya. Malah, Nabi SAW pernah melarang ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As solat sepanjang malam.

Hits: 21493

Carian Hadith