Solat berjemaah dimasjid yang telah dilaksanakan solat berjemaah didalamnya sekali

Hadith Sahih

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat berjemaah dimasjid yang telah dilaksanakan solat berjemaah didalamnya sekali

No. Hadith : 220

Status : Sahih

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ سُلَيْمَانَ النَّاجِيِّ الْبَصْرِيِّ، عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ جَاءَ رَجُلٌ وَقَدْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏ "‏ أَيُّكُمْ يَتَّجِرُ عَلَى هَذَا ‏"‏ ‏.‏ فَقَامَ رَجُلٌ فَصَلَّى مَعَهُ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ وَأَبِي مُوسَى وَالْحَكَمِ بْنِ عُمَيْرٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَغَيْرِهِمْ مِنَ التَّابِعِينَ قَالُوا لاَ بَأْسَ أَنْ يُصَلِّيَ الْقَوْمُ جَمَاعَةً فِي مَسْجِدٍ قَدْ صُلِّيَ فِيهِ جَمَاعَةً ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ ‏.‏ وَقَالَ آخَرُونَ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ يُصَلُّونَ فُرَادَى ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ وَابْنُ الْمُبَارَكِ وَمَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ يَخْتَارُونَ الصَّلاَةَ فُرَادَى ‏.‏ وَسُلَيْمَانُ النَّاجِيُّ بَصْرِيٌّ وَيُقَالُ سُلَيْمَانُ بْنُ الأَسْوَدِ ‏.‏ وَأَبُو الْمُتَوَكِّلِ اسْمُهُ عَلِيُّ بْنُ دَاوُدَ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Abu Sa‘id berkata: Seorang lelaki datang dan Rasulullah SAW telah mengerjakan solat, maka Baginda bersabda: Siapakah yang hendak mengambil untung atas ini? Lalu seorang lelaki berdiri dan solat bersamanya.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Abu Umamah, Abu Musa dan al-Hakam bin ‘Umair. Abu ‘Isa berkata: hadith Abu Sa‘id adalah hasan. Inilah pendapat beberapa ulama’ daripada sahabat Nabi SAW dan selainnya daripada Tabi‘in, yang menyatakan: Tidak mengapa suatu kaum solat berjemaah di masjid yang telah dilaksanakan solat berjemaah di dalamnya. Pendapat ini juga merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq.

Ulama’ lain pula menyatakan: Hendaklah mereka solat secara sendirian dan pendapat ini merupakan pendapat Sufyan, Ibn al-Mubarak, Malik dan asy-Syafi‘i yang memilih solat secara sendirian. Sulaiman an-Naji adalah orang Basrah, dipanggil juga dengan Sulaiman bin al-Aswad. Manakala, Abu al-Mutawakkil ialah ‘Ali bin Daud.


Pengajaran

  1. Diharuskan solat berjemaah di masjid walaupun solat berjemaah telah dikerjakan sebelumnya di masjid tersebut. Namun, ada pendapat yang menyatakan jika solat berjemaah telah dikerjakan di masjid tersebut maka tidak boleh diulangi solat berjemaah bagi yang lain bahkan mereka dikehendaki solat secara bersendirian. Namun, pendapat yang tepat ialah dibolehkan solat berjemaah walaupun telah dikerjakan sebelumnya sebagaimana hadith yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari daripada Anas bin Malik.
  2. Lafaz “yattajir” membawa maksud “berniaga” iaitu mencari pahala dengan bersedekah terhadap lelaki yang datang lewat untuk solat berjemaah.
  3. Hadith ini mengkhususkan hadith yang umum “janganlah kamu solat pada satu hari dua kali.” Apa yang dimaksudkan ialah jika seseorang mempunyai sebab untuk mengulangi solatnya maka ia dibenarkan. Namun, tidak dibenarkan bagi seseorang untuk solat kali kedua asal dengan niat untuk menutup kekurangan solat yang dikerjakan. Menutup kekurangan solat adalah dengan solat sunat bukan dengan solat fardu.
Hits: 476

Carian Hadith