Individu yang telah solat bersendirian kemudian dia mendapati jemaah

Perawi : Jabir Bin Yazid

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Individu yang telah solat bersendirian kemudian dia mendapati jemaah

No. Hadith : 219

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، أَخْبَرَنَا يَعْلَى بْنُ عَطَاءٍ، حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ الْعَامِرِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ شَهِدْتُ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم حَجَّتَهُ فَصَلَّيْتُ مَعَهُ صَلاَةَ الصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ الْخَيْفِ ‏.‏ قَالَ فَلَمَّا قَضَى صَلاَتَهُ وَانْحَرَفَ إِذَا هُوَ بِرَجُلَيْنِ فِي أُخْرَى الْقَوْمِ لَمْ يُصَلِّيَا مَعَهُ فَقَالَ ‏"‏ عَلَىَّ بِهِمَا ‏"‏ ‏.‏ فَجِيءَ بِهِمَا تُرْعَدُ فَرَائِصُهُمَا فَقَالَ ‏"‏ مَا مَنَعَكُمَا أَنْ تُصَلِّيَا مَعَنَا ‏"‏ ‏.‏ فَقَالاَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا قَدْ صَلَّيْنَا فِي رِحَالِنَا ‏.‏ قَالَ فَلاَ تَفْعَلاَ إِذَا صَلَّيْتُمَا فِي رِحَالِكُمَا ثُمَّ أَتَيْتُمَا مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ فَصَلِّيَا مَعَهُمْ فَإِنَّهَا لَكُمَا نَافِلَةٌ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ مِحْجَنٍ الدِّيلِيِّ وَيَزِيدَ بْنِ عَامِرٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ قَالُوا إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ وَحْدَهُ ثُمَّ أَدْرَكَ الْجَمَاعَةَ فَإِنَّهُ يُعِيدُ الصَّلَوَاتِ كُلَّهَا فِي الْجَمَاعَةِ وَإِذَا صَلَّى الرَّجُلُ الْمَغْرِبَ وَحْدَهُ ثُمَّ أَدْرَكَ الْجَمَاعَةَ قَالُوا فَإِنَّهُ يُصَلِّيهَا مَعَهُمْ وَيَشْفَعُ بِرَكْعَةٍ ‏.‏ وَالَّتِي صَلَّى وَحْدَهُ هِيَ الْمَكْتُوبَةُ عِنْدَهُمْ ‏.‏

Terjemahan

Jabir bin Yazid bin al-Aswad al-‘Amiri telah menceritakan kepada kami daripada bapanya, katanya: Aku pernah melaksanakan ibadah haji bersama Rasulullah SAW, maka aku solat Subuh bersamanya di Masjid al-Khaif, katanya: Ketika Nabi SAW selesai melaksanakan solatnya baginda berpaling, tiba-tiba dua orang lelaki pada kaum yang lain tidak ikut solat berjemaah bersamanya, lalu baginda bersabda: Bawalah kedua-dua orang itu kepadaku, maka mereka dibawa (dalam keadaan bahu dan kedua-dua lengan mereka menggeletar), lalu Nabi SAW bersabda: Apa yang menghalang kamu berdua untuk solat bersama kami? Mereka berdua berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengerjakan solat dalam perjalanan kami. Nabi SAW bersabda: Janganlah kamu berdua melakukannya, apabila kamu berdua telah solat dalam perjalanan, kemudian datang ke masjid, maka solatlah bersama mereka, kerana solatberjemaah itu akan menjadi solat sunat bagimu.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Mihjan dan Yazid bin ‘Amir. Abu ‘Isa berkata: hadith Yazid bin Aswad adalah hasan sahih. Pendapat ini merupakan pendapat beberapa ulama’ antaranya Sufyan ath-Thauri, asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Mereka berkata: Apabila seseorang lelaki solat seorang diri kemudian mendapati solat berjemaah, maka hendaklah dia mengulangi kesemua solatnya bersama jemaah tersebut. Apabila seseorang solat Maghrib bersendirian, kemudian mendapati jemaah, sekalipun sempat bersama dengan jemaah itu 1 rakaat sahaja, maka hendaklah dia solat bersama mereka dikira sebagai fardu di sisi mereka.


Pengajaran

  1. Hadith ini menceritakan mengenai dua lelaki yang telah solat dalam perjalanan mereka kemudian mendapati solat Subuh berjemaah. Lalu Nabi SAW meminta mereka mengulangi solat itu secara berjemaah.
  2. Sebahagian ulama’ yang menyatakan solat berjemaah itu sunat berhujah dengan hadith ini kerana nabi tidak mengingkari perbuatan mereka berdua.
  3. Ada pendapat yang lemah menyatakan bahawa solat pertama yang mereka lakukan dikira sebagai solat sunat sedangkan solat kedua sebagai solat fardu. Pendapat lain pula menyatakan solat pertama yang mereka lakukan dikira sebagai solat fardu dan solat yang kedua ialah solat sunat. Pendapat yang tepat ialah solat pertama yang mereka lakukan dikira sebagai solat fardu dan solat kedua yang dilakukan secara berjemaah dikira sebagai solat sunat.
  4. Islam sentiasa mendokong perpaduan walaupun dalam solat. Justeru solat berjemaah dituntut dilakukan oleh setiap individu Muslim melainkan mempunyai keuzuran.
  5. Faedah yang dapat dikeluarkan daripada hadith ini ialah perintah Nabi SAW kepada kedua lelaki tersebut untuk mengulangi solat kerana mereka berdua telah memasuki masjid. Jika seseorang tidak ingin melaksanakan solat maka janganlah dia memasuki masjid.
Hits: 1089

Carian Hadith