Orang yang mendengar azan namun tidak menjawabnya (tidak datang solat berjemaah)

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Orang yang mendengar azan namun tidak menjawabnya (tidak datang solat berjemaah)

No. Hadith : 217

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ بُرْقَانَ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ الأَصَمِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ فِتْيَتِي أَنْ يَجْمَعُوا حُزَمَ الْحَطَبِ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلاَةِ فَتُقَامَ ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى أَقْوَامٍ لاَ يَشْهَدُونَ الصَّلاَةَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَمُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ وَجَابِرٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُمْ قَالُوا مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ هَذَا عَلَى التَّغْلِيظِ وَالتَّشْدِيدِ وَلاَ رُخْصَةَ لأَحَدٍ فِي تَرْكِ الْجَمَاعَةِ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya, aku berazam untuk memerintahkan pemuda-pemudaku untuk menghimpun kayu api, kemudian aku perintahkan orang Islam untuk solat, maka dikerjakan solat itu. Kemudian, aku akan membakar orang-orang yang tidak datang solat berjemaah.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud, Abu ad-Darda’, Ibn ‘Abbas, Mu‘az bin Anas dan Jabir.

Abu ‘Isa berkata: hadith Abu Hurairah adalah hadith hasan sahih. Telah diriwayatkan daripada ramai sahabat Nabi SAW bahawa mereka menyatakan: Sesiapa mendengar seruan azan, kemudian tidak menghadiri solat berjemaah maka tiada solat baginya.

Sesetengah ulama’ berpendapat hadith ini memberi amaran keras dan ancaman. Tiada kelonggaran bagi seseorang untuk meninggalkan solat berjemaah melainkan atas sebab keuzuran.


Pengajaran

  1. Keazaman Nabi SAW untuk membakar rumah-rumah mereka yang tidak solat berjemaah menunjukkan bahawa solat secara berjemaah hukumnya wajib menurut sesetengah ulama’.
  2. Seseorang yang mempunyai keuzuran dimaafkan daripada hadir solat secara berjemaah.
  3. Sesetengah ulama’ berpandangan bahawa solat secara berjemaah itu hukumnya sunat. Ada pula dalam kalangan ulama’ yang menganggapnya sebagai fardhu kifayah.
Hits: 888

Carian Hadith