Keutamaan solat berjemaah

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Keutamaan solat berjemaah

No. Hadith : 216

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا مَعْنٌ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ فِي الْجَمَاعَةِ تَزِيدُ عَلَى صَلاَتِهِ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya, solat seseorang lelaki secara berjemaah lebih utama daripada solatnya seorang diri dengan dua puluh lima bahagian.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini adalah hasan sahih.


Pengajaran

  1. Pahala solat berjemaah melebihi solat sendirian sebanyak 27 darjat. Dalam beberapa riwayat dinyatakan dengan jumlah pahala yang berbeza antaranya 25 darjat, 25 pahala dan 25 pahala solat. Jika seseorang solat sendirian, tidak ditulis baginya melainkan satu pahala sahaja.
  2. Para ulama’ merumuskan perbezaan riwayat kepada beberapa rumusan:1) Nabi menyampaikan apa yang dikhabarkan kepadanya iaitu 25 darjat, kemudian Allah menambah lagi kepada 27 darjat.2)Perbezaan darjat dan pahala merujuk kepada perbezaan kualiti orang yang solat sama ada pada awal waktu, pergerakan solatnya, tamakninahnya dan seumpamanya.
  3. Sesetengah ulama’ berpendapat bahawa solat secara berjemaah hukumnya wajib, malah dianggap sebagai salah satu syarat sahsolat. Jika seseorang tidak menunaikan solat secara berjemaah tanpa mempunyai halangan atau keuzuran, maka solatnya tidak sah
Hits: 1061

Carian Hadith