Keutamaan solat berjemaah

Perawi : Ibn Umar RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Keutamaan solat berjemaah

No. Hadith : 215

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ عَلَى صَلاَةِ الرَّجُلِ وَحْدَهُ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَأُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَهَكَذَا رَوَى نَافِعٌ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏"‏ تَفْضُلُ صَلاَةُ الْجَمِيعِ عَلَى صَلاَةِ الرَّجُلِ وَحْدَهُ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَعَامَّةُ مَنْ رَوَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِنَّمَا قَالُوا ‏"‏ خَمْسٍ وَعِشْرِينَ ‏"‏ ‏.‏ إِلاَّ ابْنَ عُمَرَ فَإِنَّهُ قَالَ ‏"‏ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ ‏"‏ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Solat berjemaah utama daripada solat seorang lelaki seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud, Ubai bin Ka‘ab, Mu‘az bin Jabal, Abu Sa‘id, Abu Hurairah dan Anas bin Malik.

Abu ‘Isa berkata: hadith Ibn ‘Umar adalah hadith hasan sahih. Demikianlah Nafi’ meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar daripada Nabi SAW bahawa Nabi bersabda: Solat berjemaah lebih utama daripada solat seorang lelaki seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat. Abu ‘Isa berkata: kebanyakan yang meriwayatkan daripada Nabi SAW menyatakan “Dua puluh lima darjat” kecuali Ibn ‘Umar. Sesungguhnya, dia berkata: Dengan dua puluh tujuh darjat.


Pengajaran

  1. Solat berjemaah lebih utama daripada solat bersendirian.
  2. Beberapa pandangan menyatakan bahawa pahala berjemaah adalah 27 kali atau 25 kali ganda daripada solat bersendirian.
Hits: 521

Carian Hadith