Berapa solat yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas hamba-nya

Perawi : Anas bin Malik RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Berapa solat yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas hamba-nya

No. Hadith : 213

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى النَّيْسَابُورِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ فُرِضَتْ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ الصَّلَوَاتُ خَمْسِينَ ثُمَّ نُقِصَتْ حَتَّى جُعِلَتْ خَمْسًا ثُمَّ نُودِيَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُ لاَ يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَىَّ وَإِنَّ لَكَ بِهَذِهِ الْخَمْسِ خَمْسِينَ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ وَطَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ وَأَبِي ذَرٍّ وَأَبِي قَتَادَةَ وَمَالِكِ بْنِ صَعْصَعَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَنَسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Anas bin Malik berkata: Difardhukan kepada Nabi SAW pada malam Isra’, lima puluh solat. Kemudian dikurangkan sehingga menjadi lima. Kemudian, diseru kepada Nabi: “Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak diubah perkataan di sisi ku dan sesungguhnya bagi engkau dengan solat lima kali pahalanya seperti solat lima puluh waktu.”

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ubadah bin as-Samit, Talhah bin ‘Ubaidillah, Abu Zar, Abu Qatadah, Malik bin Sa‘sa‘ah dan Abu Sa‘id al-Khudri. Abu ‘Isa berkata: hadith Anas adalah hadith hasan sahih gharib.


Pengajaran

  1. Solat mempunyai kedudukan yang tinggi kerana perintah tersebut diterima secara langsung oleh Nabi SAW daripada Allah SWT tanpa perantara dari tempat yang paling mulia iaitu di langit yang ketujuh.
  2. Setengah ulama’ berpendapat Isra’ dan Mikraj berlaku tiga tahun sebelum hijrah. Ketika itu azan belum lagi disyariatkan.
  3. Allah SWT menguji dan memerintahkan hamba-Nya dengan sesuatu perintah untuk melihat adakah hamba-Nya sanggup melaksanakannya atau tidak?
  4. Hadith ini juga memberi gambaran bagaimana Allah SWT menghapuskan hukum-Nya sebelum dilaksanakan oleh hamba-Nya. Samalah juga dengan perintah Allah kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Isma‘il. Ketika mana Nabi Ibrahim berserah diri dan tunduk kepada perintah Allah maka Allah katakan: “Maka kami gantikan sembelihannya dengan sembelihan yang agung.” (As-Saffat: 107
Hits: 530

Carian Hadith