Doa tidak ditolak antara azan dan iqamat

Perawi : Anas bin Malik RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Doa tidak ditolak antara azan dan iqamat

No. Hadith : 212

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، وَعَبْدُ الرَّزَّاقِ، وَأَبُو أَحْمَدَ وَأَبُو نُعَيْمٍ قَالُوا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ زَيْدٍ الْعَمِّيِّ، عَنْ أَبِي إِيَاسٍ، مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَنَسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَقَدْ رَوَاهُ أَبُو إِسْحَاقَ الْهَمْدَانِيُّ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِثْلَ هَذَا ‏.‏

Terjemahan

Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW bersabda: Doa tidak ditolak antara azan dan iqamat.

Abu ‘Isa berkata: Hadith Anas adalah hadith hasan sahih. Abu Ishaq al-Hamadani meriwayatkan daripada Buraid bin Abi Mariam daripada Anas daripada Nabi SAW seumpama hadith ini.


Pengajaran

  1. Hadith ini menceritakan mengenai galakan berdoa antara azan dan iqamat. Setiap individu Muslim seharusnya menggunakan peluang ini untuk berdoa kepada Allah SWT memohon kebaikan dunia dan akhirat.
  2. Hadith ini juga secara tidak langsung menceritakan kepentingan solat berjemaah di masjid.
Hits: 570

Carian Hadith