Doa yang diucapkan selepas mu’azzin azan

Perawi : Jabir bin Abdullah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Doa yang diucapkan selepas mu’azzin azan

No. Hadith : 211

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَهْلِ بْنِ عَسْكَرٍ الْبَغْدَادِيُّ، وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ يَعْقُوبَ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَيَّاشٍ الْحِمْصِيُّ، حَدَّثَنَا شُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ إِلاَّ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ جَابِرٍ حَدِيثٌ صَحِيحٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ لاَ نَعْلَمُ أَحَدًا رَوَاهُ غَيْرَ شُعَيْبِ بْنِ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ ‏.‏ وَأَبُو حَمْزَةَ اسْمُهُ دِينَارٌ

Terjemahan

Daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa mengucapkan ketika mendengar azan:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

 “Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan, kurniakanlah kepada Muhammad SAW wasilah dan keutamaan. Dan dibangkitkan beliau pada kedudukan yang mulia sebagaimana yang telah Engkau janjikan” melainkan dia akan mendapat syafaat pada hari kiamat"

Abu ‘Isa berkata: Hadith Jabir adalah hasan gharibdaripada hadith Muhammad bin al-Munkadir, kami tidak mengetahui seseorang pun meriwayatkan selain Syu‘aib bin Abi Hamzah daripada Muhammad bin al-Munkadir. Nama Abu Hamzah ialah Dinar.


Pengajaran

  1. Lafaz azan mengandungi kalimah tauhid dan sifat-sifat Allah SWT yang sempurna
  2. Lafaz wasilah sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat Muslim bermaksud “ mendapatkan darjat yang tinggi di syurga yang tidak diperolehi kecuali bagi hamba Allah dan berharaplah kamu supaya itu adalah aku.”
  3. Lafaz fadhilahmenurut sebahagian ulama’ merupakan darjat lain yang mengangkat posisi Nabi SAW di hari kiamat atas semua makhluk.
  4. Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa maksud “Maqaman Mahmuda” ialah syafaat. Namun, terdapat riwayat lain juga menyatakan ia bukanlah terbatas kepada syafaat sahaja. Pendapat yang tepat ialah Nabi SAW sentiasa dipuji di setiap tempat pada hari kiamat. Pujian yang paling besar ialah Nabi SAW memberikan syafaat kubra kepada umatnya pada hari kiamat.
Hits: 1089

Carian Hadith