Doa yang diucapkan selepas mu’azzin azan

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Doa yang diucapkan selepas mu’azzin azan

No. Hadith : 210

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنِ الْحُكَيْمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قَيْسٍ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ الْمُؤَذِّنَ وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا غُفِرَ لَهُ ذَنْبُهُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ حُكَيْمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قَيْسٍ ‏.‏

Terjemahan

  1. Daripada Sa‘d bin Abu Waqqas, daripada Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengucapkan ketika mendengar mu’azzin melaungkan azan:

 وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا

Maksudnya: Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad hamba dan Rasul-Nya, Aku redha Allah sebagai Tuhan, Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agamaMaka dosa-dosanya diampunkan.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini adalah hadith hasan sahih gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan daripada hadith al-Laith bin Sa‘d daripada Hukaim bin ‘Abdullah bin Qais.


Pengajaran

  1. Sebahagian ulama’ berpandangan jika membaca doa ketika muazin sedang melaungkan azan maka doa tersebut akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Apabila mu’azzin selesai mengucapkan lafaz syahadah, orang yang berdoa mengucapkan “aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah.”
  2. Hadith ini mengandungi lafaz (و) dan (انا), justeru sebahagian ulama’ berpandangan sunat menyebutkan lafaz tersebut.
  3. Sesetengah ulama’ pula berpendapat doa tersebut dibaca selepas mu’azzin selesai daripada azannya.
Hits: 1315

Carian Hadith