Larangan kepada mu’azzin mengambil upah atas azan

Perawi : Uthman bin Abi Al-As

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Larangan kepada mu’azzin mengambil upah atas azan

No. Hadith : 209

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا أَبُو زُبَيْدٍ، - وَهُوَ عَبْثَرُ بْنُ الْقَاسِمِ عَنْ أَشْعَثَ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ، قَالَ إِنَّ مِنْ آخِرِ مَا عَهِدَ إِلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنِ اتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لاَ يَأْخُذُ عَلَى أَذَانِهِ أَجْرًا ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عُثْمَانَ حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ كَرِهُوا أَنْ يَأْخُذَ الْمُؤَذِّنُ عَلَى الأَذَانِ أَجْرًا وَاسْتَحَبُّوا لِلْمُؤَذِّنِ أَنْ يَحْتَسِبَ فِي أَذَانِهِ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Usman bin Abi al-‘As berkata: Sesungguhnya, antara perkara akhir yang dipesan Rasulullah SAW kepadaku ialah bahawa aku mengambil seorang muazin yang tidak mengambil upah atas azannya.

Abu ‘Isa berkata: hadith ‘Uthman adalah hadith hasan sahih. Amalan ulama’ terhadap hadith ini bahawa mereka melarang mu’azzin mengambil upah atas azannya, dan menggalakkan mu’azzin mengharapkan ganjaran pahala daripada azannya

Hits: 382

Carian Hadith