Bacaan diucapkan apabila mendengar mu’azzin melaungkan azan

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Bacaan diucapkan apabila mendengar mu’azzin melaungkan azan

No. Hadith : 208

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا مَعْنٌ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، ‏.‏ قَالَ وَحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي رَافِعٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأُمِّ حَبِيبَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَبِيعَةَ وَعَائِشَةَ وَمُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ وَمُعَاوِيَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَهَكَذَا رَوَى مَعْمَرٌ وَغَيْرُ وَاحِدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ مِثْلَ حَدِيثِ مَالِكٍ ‏.‏ وَرَوَى عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَاقَ عَنِ الزُّهْرِيِّ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ وَرِوَايَةُ مَالِكٍ أَصَحُّ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Abu Sa‘id berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu mendengar seruan azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan mu’azzin.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Abu Rafi’, Abu Hurairah, Ummu Habibah, ‘Abdullah bin ‘Amr, ‘Abdullah bin Rabi‘ah, ‘Aisyah, Muaz bin Anas dan Mu‘awiyah.

Abu ‘Isa berkata: Hadith Abu Sa‘id adalah hadith hasan sahih. Demikianlah Ma‘mar dan lebih dari seorang meriwayatkan daripada az-Zuhri seumpama hadith Malik. ‘Abd ar-Rahman bin Ishaq telah meriwayatkan hadith ini daripada az-Zuhri daripada Sa‘id bin al-Musayyab daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW dan riwayat Malik lebih sahih.


Pengajaran

  1. Hadith ini menceritakan mengenai tuntutan menjawab azan sebagaimana yang disebutkan oleh mu’azzin. Ulama’ bersepakat menyatakan bahawa hukum menjawab azan adalah sunat.
  2. Memadai bagi seseorang itu untuk menjawab satu azan walaupun mendengar selepasnya beberapa azan yang lain.
  3. Seseorang itu tidak harus mendahului mu’azzin atau bersama-sama dengannya atau terlalu lewat dalam menjawab azan. Hendaklah dia menjawab azan selepas mu’azzin berhenti daripada bacaannya.
Hits: 463

Carian Hadith