Imam sebagai penjamin dan mu’azzin yang dipercayai

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Imam sebagai penjamin dan mu’azzin yang dipercayai

No. Hadith : 207

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ الإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ اللَّهُمَّ أَرْشِدِ الأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ عَائِشَةَ وَسَهْلِ بْنِ سَعْدٍ وَعُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَوَاهُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَحَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ وَغَيْرُ وَاحِدٍ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ وَرَوَى أَسْبَاطُ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنِ الأَعْمَشِ قَالَ حُدِّثْتُ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏.‏

Terjemahan

Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Imam sebagai penjamin sedangkan mu’azzin sebagai orang yang dipercayai. Ya Allah, berikanlah kebijaksanaan kepada para imam dan ampunilah orang yang melaungkan azan.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Aisyah, Sahl bin Sa‘d dan ‘Uqbah bin ‘Amir. Abu ‘Isa berkata: Hadith Abu Hurairah ini diriwayatkan juga oleh Sufyan ath-Thauri, Hafs bin Ghiyath dan lebih daripada seorang daripada al-A‘mash daripada Abu Saleh daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Asbat bin Muhammad meriwayatkan daripada al-A‘mash katanya: Telah diceritakan kepadaku daripada Abu Saleh daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW Nafi’ bin Sulaiman telah meriwayatkan daripada Muhammad daripada Abu Saleh daripada bapanya daripada ‘Aisyah daripada Nabi SAW hadith ini.

Abu ‘Isa berkata: Aku telah mendengar Abu Zur‘ah berkata: Hadith Abu Saleh daripada Abu Hurairah lebih sahihdaripada hadith Abu Saleh daripada ‘Aisyah. Abu ‘Isa berkata: Aku telah mendengar Muhammad berkata: Hadith Abu Saleh daripada ‘Aisyah lebih sahih. Muhammad telah menyatakan daripada Ali bin al-Madini bahawa beliau tidak menthabitkan hadith Abu Saleh daripada Abu Hurairah, tidak juga hadith Abu Saleh daripada ‘Aisyah pada bab ini


Pengajaran

  1. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa seorang mu’azzin lebih afdhal daripada seorang imam. Sebahagian yang lain pula menyatakan bahawa imam lebih afdhal daripada mu’azzin kerana Nabi SAW sentiasa menjadi imam begitu juga para sahabatnya yang lain.
  2. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa solat makmum terikat dengan solat imam kerana imam menjamin solat mereka.
Hits: 411

Carian Hadith