Larangan keluar daripada masjid selepas azan

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Larangan keluar daripada masjid selepas azan

No. Hadith : 204

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْمُهَاجِرِ، عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ، قَالَ خَرَجَ رَجُلٌ مِنَ الْمَسْجِدِ بَعْدَ مَا أُذِّنَ فِيهِ بِالْعَصْرِ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ عُثْمَانَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَعَلَى هَذَا الْعَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَمَنْ بَعْدَهُمْ أَنْ لاَ يَخْرُجَ أَحَدٌ مِنَ الْمَسْجِدِ بَعْدَ الأَذَانِ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ أَنْ يَكُونَ عَلَى غَيْرِ وُضُوءٍ أَوْ أَمْرٌ لاَ بُدَّ مِنْهُ ‏.‏ وَيُرْوَى عَنْ إِبْرَاهِيمَ النَّخَعِيِّ أَنَّهُ قَالَ يَخْرُجُ مَا لَمْ يَأْخُذِ الْمُؤَذِّنُ فِي الإِقَامَةِ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا عِنْدَنَا لِمَنْ لَهُ عُذْرٌ فِي الْخُرُوجِ مِنْهُ ‏.‏ وَأَبُو الشَّعْثَاءِ اسْمُهُ سُلَيْمُ بْنُ أَسْوَدَ وَهُوَ وَالِدُ أَشْعَثَ بْنِ أَبِي الشَّعْثَاءِ ‏.‏ وَقَدْ رَوَى أَشْعَثُ بْنُ أَبِي الشَّعْثَاءِ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ أَبِيهِ ‏.‏

Terjemahan

. Daripada Abu asy-Sya‘tha’ berkata: Seorang lelaki keluar dari masjid  setelah azan dikumandangkan, maka Abu Hurairah berkata: Orang ini telah menderhakai Abu al-Qasim SAW.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Uthman. Abu ‘Isa berkata: hadith Abu Hurairah adalah hadith hasan sahih. Para ulama’ daripada sahabat Nabi SAW dan generasi selepas mereka beramal dengan hadith ini bahawa tidaklah keluar seseorang daripada masjid setelah azan kecuali mempunyai keuzuran seperti tiada wudhu’ atau ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Diriwayatkan daripada Ibrahim an-Nakha‘i bahawa beliau berkata: Dibenarkan keluar selama mu’azzin belum memulakan iqamat. Abu ‘Isa berkata: Di sisi kami dibenarkan keluar daripada masjid bagi sesiapa yang mempunyai keuzuran.

Nama Abu asy-Sya‘tha’ ialah Sulaim bin Aswad, iaitu bapa Asy‘ath bin Abu asy-Sya‘tha’. Asy‘ath bin Abi asy-Sya‘tha’ telah meriwayatkan hadith ini daripada bapanya.

Hits: 320

Carian Hadith