Azan pada waktu malam

Perawi : Salim RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Azan pada waktu malam

No. Hadith : 203

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَالِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى تَسْمَعُوا تَأْذِينَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ وَعَائِشَةَ وَأُنَيْسَةَ وَأَنَسٍ وَأَبِي ذَرٍّ وَسَمُرَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَقَدِ اخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الأَذَانِ بِاللَّيْلِ فَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ إِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ بِاللَّيْلِ أَجْزَأَهُ وَلاَ يُعِيدُ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ إِذَا أَذَّنَ بِلَيْلٍ أَعَادَ ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ ‏.‏ وَرَوَى حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ بِلاَلاً أَذَّنَ بِلَيْلٍ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يُنَادِيَ ‏"‏ إِنَّ الْعَبْدَ نَامَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَيْرُ مَحْفُوظٍ ‏.‏ قَالَ عَلِيُّ بْنُ الْمَدِينِيِّ حَدِيثُ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم هُوَ غَيْرُ مَحْفُوظٍ وَأَخْطَأَ فِيهِ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Salim daripada bapanya bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Bilal azan pada malam hari (sebelum terbit fajar), maka makan dan minumlah hingga kamu mendengar azan Ibn Ummi Maktum.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ibn Mas‘ud, ‘Aisyah, Unaisah, Anas, Abu Zar dan Samurah. Abu ‘Isa berkata: Hadith Ibn ‘Umar adalah hadith hasan sahih.

Ulama’ telah berbeza pendapat mengenai azan pada waktu malam. Sesetengah mereka berkata, apabila mu’azzin melaungkan azan pada waktu malam, maka ia telah memadai dan tidak perlu mengulanginya. Pendapat ini merupakan pendapat Malik, Ibn al-Mubarak, asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Sesetengah pula berkata, apabila mu’azzin azan pada waktu malam, maka hendaklah dia mengulanginya. Pendapat ini merupakan pendapat Sufyan ath-Thauri. Hammad telah meriwayatkan daripada Ayyub daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar bahawa Bilal azan pada waktu malam, maka Nabi SAW menyuruhnya memanggil: Bahawa seorang hamba masih tidur.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini tidak terpelihara (ghair mahfuz).

Hadith yang sahih ialah apa yang diriwayatkan oleh ‘Ubaydullah bin ‘Umar dan selainnya daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar bahawa Nabi SAW bersabda bahawa Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan.

Abu ‘Isa berkata: Telah meriwayatkan ‘Abd al-‘Aziz bin Abu Rawwad daripada Nafi’: Bahawa mu’azzin bagi ‘Umar melaungkan azan pada waktu malam, maka ‘Umar menyuruhnya mengulangi azan. Hadith ini tidak sahih kerana riwayat Nafi’ daripada ‘Umar terputus (munqati’). Kemungkinan Hammad menginginkan hadith ini. Hadith yang sahih ialah riwayat ‘Ubaidullah dan lebih dari seorang daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar, dan az-Zuhri daripada Salim daripada Ibn‘Umar bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya, Bilal azan pada waktu malam.

Abu ‘Isa berkata: sekiranya hadith Hammad sahih, maka hadith ini tidaklah bermakna apa-apa. Ketika Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam, maka sesungguhnya Nabi SAW menyuruh mereka pada masa akan datang, maka Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya, Bilal melaungkan azan pada waktu malam”, sekiranya Nabi SAW menyuruh mengulangi azan ketika diazan sebelum terbit fajar, maka Nabi SAW tidak bersabda seperti demikian.

Ali al-Madini berkata: hadith Hammad bin Salamah daripada Ayyub daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar daripada Nabi SAW adalah tidak terpelihara (ghair mahfuz). Hammad bin Salamah telah tersilap padanya.


Pengajaran

  1. Azan solat fajar dibezakan dengan solat yang lain dengan tathwib (iaitu mengucapkan lafaz الصلاة غير من النوم )Pada zaman nabi solat Fajar didahului dengan dua azan. Azan pertama yang dilaungkan oleh Bilal sebelum masuk waktu fajar dan azan kedua yang dilaungkan oleh ‘Abdullah bin Ummi Maktum.
  1. Azan pertama bertujuan untuk menggerakkan orang yang masih tidur supaya bangun untuk solat malam, begitu juga bagi orang yang ingin bersahur untuk berpuasa.
  2. Azan pada waktu malam bermaksud azan pada akhir malam yang tempoh masanya tidak jauh dengan masuknya waktu Subuh.
Hits: 555

Carian Hadith