Imam lebih berhak melafazkan iqamat

Perawi : Jabir bin Samurah

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Imam lebih berhak melafazkan iqamat

No. Hadith : 202

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا إِسْرَائِيلُ، أَخْبَرَنِي سِمَاكُ بْنُ حَرْبٍ، سَمِعَ جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ، يَقُولُ كَانَ مُؤَذِّنُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُمْهِلُ فَلاَ يُقِيمُ حَتَّى إِذَا رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَدْ خَرَجَ أَقَامَ الصَّلاَةَ حِينَ يَرَاهُ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ هُوَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَحَدِيثُ إِسْرَائِيلَ عَنْ سِمَاكٍ لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ ‏.‏ وَهَكَذَا قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ إِنَّ الْمُؤَذِّنَ أَمْلَكُ بِالأَذَانِ وَالإِمَامَ أَمْلَكُ بِالإِقَامَةِ ‏.‏

Terjemahan

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Mu’azzin Rasulullah SAW tidak segera iqamat hingga beliau melihat Rasulullah SAW keluar, maka dia iqamat solat ketika melihat Rasulullah SAW.

Abu ‘Isa berkata: Hadith Jabir bin Samurah adalah hadith hasan sahih. Dan hadith Israil daripada Simak, kami tidak mengetahuinya melainkan daripada sanad ini.. Demikianlah pandangan ulama’ bahawa mu’azzin berhak ke atas azan dan imam berhak ke atas iqamat.


Pengajaran

  1. Imam berhak menentukan iqamat dengan melihat kemaslahatan makmum.
  2. Para sahabat Nabi SAW menunggu Nabi SAW keluar di hadapan mereka kemudian barulah mu’azzin iqamat. Namun jika imam terlambat dan menyusahkan para jemaah maka tidak mengapa untuk diiqamat.
Hits: 1182

Carian Hadith