Berwudhu’ bagi orang yang berjunub disunatkan jika hendak tidur

Perawi : Umar bin al-Khattab RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwudhu’ bagi orang yang berjunub disunatkan jika hendak tidur

No. Hadith : 120

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنْ عُمَرَ، أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَيَنَامُ أَحَدُنَا وَهُوَ جُنُبٌ قَالَ ‏ "‏ نَعَمْ إِذَا تَوَضَّأَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَمَّارٍ وَعَائِشَةَ وَجَابِرٍ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأُمِّ سَلَمَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عُمَرَ أَحْسَنُ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَصَحُّ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَابْنُ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ قَالُوا إِذَا أَرَادَ الْجُنُبُ أَنْ يَنَامَ تَوَضَّأَ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ

Terjemahan

Daripada ‘Umar bahawa beliau bertanya kepada Nabi SAW: Apakah salah seorang daripada kami boleh tidur dalam keadaan junub? Nabi SAW menjawab: Ya, apabila dia telah berwudhu’.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ammar, ‘Aisyah, Jabir, Abu Sa‘id dan Ummu Salamah. Abu ‘Isa berkata: Hadith ‘Umar adalah sebaik-baik hadith pada bab ini dan yang lebih sahih. Pendapat ini merupakan pendapat majoriti daripada sahabat Nabi SAW dan Tabi‘in, pendapat ini juga dipegang oleh Sufyan ath-Thauri, Ibn al-Mubarak, asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Menurut mereka: Seorang yang berjunub hendaklah berwudhu’ terlebih dahulu sebelum tidur.


Pengajaran

  1. Hadith ini menjelaskan sunat bagi orang berjunub berwudhu’ sebelum tidur.
  2. Orang yang berjunub berada dalam dua hadas, maka dengan berwudhu’ sebelum tidur boleh meringankan beban hadasnya.
Hits: 436

Carian Hadith