Orang yang junub tidur sebelum mandi

Perawi : Aisyah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Orang yang junub tidur sebelum mandi

No. Hadith : 118

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الأَسْوَدِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَنَامُ وَهُوَ جُنُبٌ وَلاَ يَمَسُّ مَاءً

Terjemahan

Daripada ‘Aisyah berkata: Rasulullah SAW tidur dalam keadaan junub dan Rasulullah SAW tidak berwudhu’ / mandi


Pengajaran

  1. Hadith ini menceritakan bagaimana nabi tidur dalam keadaan junub dan tidak berwudhu’ / mandi.
  2. Harus bagi seorang Muslim untuk tidur tanpa disentuh air sama ada untuk mandi atau untuk berwudhu’. Nabi SAW pernah ditanya “adakah tidur salah seorang dari kami sedang dia berada dalam junub? Nabi SAW menjawab: Ya. Perkara ini menjelaskan bahawa terpulang kepada individu tersebut sama ada hendak berwudhu’ atau mandi atau tidak bagi kedua-duanya sekali.
Hits: 527

Carian Hadith