Membasuh air mani yang terkena kain

Perawi : Sulaiman bin Yasar

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Membasuh air mani yang terkena kain

No. Hadith : 117

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونِ بْنِ مِهْرَانَ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا غَسَلَتْ مَنِيًّا مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَفِي الْبَابِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ‏.‏ وَحَدِيثُ عَائِشَةَ أَنَّهَا غَسَلَتْ مَنِيًّا مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم - لَيْسَ بِمُخَالِفٍ لِحَدِيثِ الْفَرْكِ لأَنَّهُ وَإِنْ كَانَ الْفَرْكُ يُجْزِئُ فَقَدْ يُسْتَحَبُّ لِلرَّجُلِ أَنْ لاَ يُرَى عَلَى ثَوْبِهِ أَثَرُهُ ‏.‏ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ الْمَنِيُّ بِمَنْزِلَةِ الْمُخَاطِ فَأَمِطْهُ عَنْكَ وَلَوْ بِإِذْخِرَةٍ ‏.‏

Terjemahan

Daripada ‘Aisyah bahawa beliau membasuh air mani daripada pakaian Rasulullah SAW.


Pengajaran

  1. Hadith ‘Aisyah bahawa beliau membasuh air mani daripada pakaian Rasulullah SAW tidak bertentangan dengan hadith menggosok (menyental). Walaupun menggosok itu memadai, tetapi sunnah bagi lelaki untuk tidak memperlihatkan kesan maninya. Ibn ‘Abbas menjelaskan air mani itu kedudukannya seperti hingus, maka hapuskanlah daripadamu sekalipun dengan kayu Izhir.
  2. Ulama’ yang menyatakan kesucian air mani menganggap ‘Aisyah membasuh air mani di pakaian Rasulullah SAW adalah dengan tujuan untuk kebersihan bagi menampakkan pakaian Rasulullah SAW cantik dan bersih bukan disebabkan najisnya air mani tersebut.
Hits: 390

Carian Hadith