Membasuh air mani yang terkena kain

Perawi : Hammam bin Al-Harith

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Membasuh air mani yang terkena kain

No. Hadith : 116

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ الْحَارِثِ، قَالَ ضَافَ عَائِشَةَ ضَيْفٌ فَأَمَرَتْ لَهُ بِمِلْحَفَةٍ صَفْرَاءَ فَنَامَ فِيهَا فَاحْتَلَمَ فَاسْتَحْيَا أَنْ يُرْسِلَ بِهَا وَبِهَا أَثَرُ الاِحْتِلاَمِ فَغَمَسَهَا فِي الْمَاءِ ثُمَّ أَرْسَلَ بِهَا فَقَالَتْ عَائِشَةُ لِمَ أَفْسَدَ عَلَيْنَا ثَوْبَنَا إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَفْرُكَهُ بِأَصَابِعِهِ وَرُبَّمَا فَرَكْتُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِأَصَابِعِي ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ الْفُقَهَاءِ مِثْلِ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ قَالُوا فِي الْمَنِيِّ يُصِيبُ الثَّوْبَ يُجْزِئُهُ الْفَرْكُ وَإِنْ لَمْ يُغْسَلْ ‏.‏ وَهَكَذَا رُوِيَ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ هَمَّامِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ عَائِشَةَ مِثْلَ رِوَايَةِ الأَعْمَشِ ‏.‏ وَرَوَى أَبُو مَعْشَرٍ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنِ الأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ وَحَدِيثُ الأَعْمَشِ أَصَحُّ

Terjemahan

Daripada Hammam bin al-Harith katanya: ‘Aisyah telah melayani seorang  tetamu lalu memberikan tetamu tersebut dengan selimut kuning dan tetamu tersebut tidur dengannya. Kemudian, tetamu tersebut bermimpi, dan malu untuk mengembalikan selimut itu padanya kerana ada kesan mani. Kemudian, tetamu tersebut mencelupkannya ke dalam air dan mengembalikannya. ‘Aisyah berkata: Mengapa dia merosakkan kain kami? Sebenarnya, cukuplah baginya menyentalnya dengan jari-jarinya. Aku pernah menyentalnya dengan jari- jariku dari kain Rasulullah SAW.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini adalah hadith hasanlagi sahih.

 Pendapat ini merupakan pendapat majoriti ulama’ daripada sahabat Nabi SAW, Tabi‘in dan generasi selepas mereka daripada fuqaha’ (ulama’ fiqh) seperti Sufyan ath-Thauri, asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Menurut mereka: Air mani yang terkena kain cukuplah dengan menyentalnya jika tidak dibasuh.

Demikian juga telah diriwayatkan daripada Mansur daripada Ibrahim daripada Hammam bin al-Harith daripada ‘Aisyah sebagaimana riwayat al-A‘mash. Abu Ma‘syar juga telah meriwayatkan hadith ini daripada Ibrahim daripada al-Aswad daripada ‘Aisyah. Hadith al-A‘mash lebih sahih.


Pengajaran

  1. Setengah ulama’ berhujjah dengan hadith ini bahawa mani hukumnya suci kerana ‘Aisyah menegah Hammam bin al-Harith daripada membasuh pakaiannya. Sesetengah ulama’ pula menganggap air mani najis kerana kikisan ‘Aisyah kesan mani pada pakaian Rasulullah membuktikan kenajisannya. Syarak menjadikan kikis itu sebagai pembersih kepada najis kerana terdapat hadith lain yang menyebut cara menyucikan najis dengan selain daripada air. Ulama’ yang menghukumkan air mani sebagai suci berhujah bahawa kikisan tidak dianggap menghilangkan najis.
  2. Sebahagian ulama’ pula beranggapan jika air mani kering hendaklah dikikis dan jika basah hendaklah dibasuh. Pendapat yang tepat ialah air mani ialah suci kerana Nabi SAW menghilangkan basah air mani dengan kayu Izhirdan jika kering dengan mengikisnya. Menghilangkannya dengan kayu Izhir tidak memberi kesan dari sudut menghilangkan najisnya.
Hits: 2563

Carian Hadith