Air mazi yang terkena kain

Perawi : Sahl bin Hunaif

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Air mazi yang terkena kain

No. Hadith : 115

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ عُبَيْدٍ، هُوَ ابْنُ السَّبَّاقِ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ، قَالَ كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَعَنَاءً فَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الْغُسْلَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَسَأَلْتُهُ عَنْهُ فَقَالَ ‏"‏ إِنَّمَا يُجْزِئُكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ قَالَ ‏"‏ يَكْفِيكَ أَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهِ ثَوْبَكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَ مِنْهُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَلاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ فِي الْمَذْىِ مِثْلَ هَذَا ‏.‏ وَقَدِ اخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الْمَذْىِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ يُجْزِئُ إِلاَّ الْغَسْلُ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَإِسْحَاقَ ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُهُمْ يُجْزِئُهُ النَّضْحُ ‏.‏ وَقَالَ أَحْمَدُ أَرْجُو أَنْ يُجْزِئَهُ النَّضْحُ بِالْمَاءِ ‏.‏

Terjemahan

. Daripada Sahal bin Hunaif katanya: Aku sering merasa keletihan dan kepenatan disebabkan keluar air mazi. Aku kerap mandi disebabkannya. Lalu aku menceritakan kepada Rasulullah SAW dan bertanyakan kepadanya tentang perkara itu. Rasulullah bersabda: Cukup bagi engkau berwudhu’ disebabkan keluar air mazi. Lalu aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah SAW, bagaimana jika air mazi terkena kainku? Rasulullah menjawab: Cukuplah kamu mengambil air setapak tangan lalu percikan pada kainmu, apabila kamu melihat air mazi terkena pakaian.

Abu ‘Isa berkata:  Hadith ini adalah hadith hasan sahih. Kami tidak mengetahuinya selain daripada hadith Muhammad bin Ishaq pada perkara airmazi seperti hadith ini.

Ulama’ berselisih pendapat mengenai air mazi yang terkena kain. Sebahagian mereka berpendapat: Tidak memadai kecuali dengan membasuhnya. Ia juga merupakan pendapat asy-Syafi‘i dan Ishaq. Sebahagian mereka berpendapat: Memadai dengan merenjiskan air pada pakaian itu. Ahmad berkata: Aku harap merenjis dengan air itu memadai.


Pengajaran

  1. Hadith ini menjelaskan mengenai hukum menyucikan pakaian yang terkena air mazi.
  2. Air mazi ialah air yang jernih yang keluar kerana syahwat.
  3. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa pakaian yang terkena air mazi perlu dibasuh. Namun, sebahagian ulama’ berpendapat memadai dengan renjisan air sahaja.
Hits: 6112

Carian Hadith