hadis no 13

Perawi : Huzaifah bin al-Yaman

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Kelonggaran Kencing Dalam Keadaan Berdiri

No. Hadith : 13

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قال: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ، فَبَالَ عَلَيْهَا قَائِمًا، فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوءٍ، فَذَهَبْتُ لأَتَأَخَّرَ عَنْهُ، فَدَعَانِي حَتَّى كُنْتُ عِنْدَ عَقِبَيْهِ، فَتَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ. وسَمِعْت الْجَارُودَ، يَقُولُ: سَمِعْتُ وَكِيعًا يُحَدِّثُ بِهَذَا الْحَدِيثِ، عَنِ الأَعْمَشِ، ثُمَّ قَالَ وَكِيعٌ: هَذَا أَصَحُّ حَدِيثٍ رُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْحِ.  وسَمِعْت أَبَا عَمَّارٍ الْحُسَيْنَ بْنَ حُرَيْثٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ وَكِيعًا، فَذَكَرَ نَحْوَهُ. وَهَكَذَا رَوَى مَنْصُورٌ، وَعُبَيْدَةُ الضَّبِّيُّ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ، مِثْلَ رِوَايَةِ الأَعْمَشِ.
وَرَوَى حَمَّادُ بْنُ أَبِي سُلَيْمَانَ، وَعَاصِمُ بْنُ بَهْدَلَةَ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَحَدِيثُ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ أَصَحُّ.
وَقَدْ رَخَّصَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي الْبَوْلِ قَائِمًا.

Terjemahan

Hannad menceritakan kepada kami, katanya: Waki’ menceritakan kepada kami dari al- A’mash daripada Abi Wail daripada Huzaifah  bahawa Nabi SAW datang ke tempat pembuangan sampah satu kaum kemudian baginda buang air kecil ke atasnya dalam keadaan berdiri. Kemudian aku membawakan kepada Nabi SAW air wudhu’ kemudian aku pergi untuk menjarakkan diri daripadanya. Kemudian baginda memanggilku hingga aku berada benar-benar dekat dengannya, baginda pun mengambil wudhu’ dan menyapu kedua khufnya. Abu ‘Isa berkata: Aku telah mendengar al-Jarud berkata: Aku telah mendengar Waki’ menceritakan hadith ini daripada al-A`mash, kemudian Waki’ berkata: hadith ini merupakan hadith yang paling sahih yang diriwayatkan daripada Nabi SAW pada bab menyapu khuf. Aku mendengar bapa kepada ‘Ammar bin al-Husain bin Huraith berkata: Aku telah mendengar Waki’ menyebutkan hadith yang sama. Abu ‘Isa berkata: Demikianlah yang diriwayatkan oleh Mansur dan ‘Ubaidah ad-Dabbiyy daripada Abu Wa’il daripada Huzaifah seumpama riwayat al-A‘mash. Hammad bin Abu Sulaiman dan ‘Asim bin Bahdalah daripada Abu Wa’il daripada al-Mughirah bin Shu’bah daripada Nabi SAW dan hadith Abu Wa’il daripada Huzaifah lebih sahih. Segolongan ulama’ mengharuskan buang air kecil dalam keadaan berdiri. Abu ‘Isa berkata: Ibrahim an-Nakha’i meriwayatkan daripada ‘Ubaidah bin ‘Amr al-Salmani. ‘Ubaidah adalah termasuk daripada kalangan Tabi‘in yang senior. Diriwayatkan daripada ‘Ubaidah bahawa beliau berkata: aku telah memeluk Islam dua tahun sebelum Nabi SAW wafat. ‘Ubaidah ad-Dabbi, merupakan sahabat kepada Ibrahim. ‘Ubaidah bin Mu’attib ad-Dabbi, digelar dengan Abu ‘Abd al-Karim.

 

 

 

 

 


Pengajaran

1. Sunnah dalam membuang air kecil adalah dalam keadaan duduk.

2. Membuang air kecil dalam keadaan berdiri dibenarkan jika mempunyai

sebab-sebab tertentu yang dibenarkan oleh syarak.

 

3. Nabi SAW membuang air kecil dalam keadaan berdiri kerana mempunyai beberapa sebab antaranya kerana lutut baginda sakit, mengubati sakit pada belakang dan mengelakkan diri dari terkena percikan air kencing.

Hits: 883

Carian Hadith