Berwudhu ’ dengan Air Nabiz (air rendaman buah -buahan )

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wudhu

No. Hadith : 88

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ أَبِي فَزَارَةَ، عَنْ أَبِي زَيْدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ سَأَلَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ مَا فِي إِدَاوَتِكَ ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَبِيذٌ ‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ تَمْرَةٌ طَيِّبَةٌ وَمَاءٌ طَهُورٌ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَتَوَضَّأَ مِنْهُ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَإِنَّمَا رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَبِي زَيْدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ وَأَبُو زَيْدٍ رَجُلٌ مَجْهُولٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ لاَ يُعْرَفُ لَهُ رِوَايَةٌ غَيْرُ هَذَا الْحَدِيثِ ‏.‏ وَقَدْ رَأَى بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ الْوُضُوءَ بِالنَّبِيذِ مِنْهُمْ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَغَيْرُهُ ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ لاَ يُتَوَضَّأُ بِالنَّبِيذِ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ ‏.‏ وَقَالَ إِسْحَاقُ إِنِ ابْتُلِيَ رَجُلٌ بِهَذَا فَتَوَضَّأَ بِالنَّبِيذِ وَتَيَمَّمَ أَحَبُّ إِلَىَّ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَوْلُ مَنْ يَقُولُ لاَ يُتَوَضَّأُ بِالنَّبِيذِ أَقْرَبُ إِلَى الْكِتَابِ وَأَشْبَهُ لأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ‏:‏ ‏"‏فإِن لَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا ‏"‏‏.

 

Terjemahan

Hannad telah menceritakan kepada kami, Syarik telah menceritakan kepada kami, daripada Abu Fazarah, daripada Abu Zaid, daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud berkata: Nabi SAW telah bertanya kepadaku: Apakah yang ada di dalam bekas engkau? Aku menjawab: Nabiz (air rendaman buah-buahan), maka Nabi SAW bersabda: Kurma buah yang bagus dan air yang suci, Ibn Mas‘ud berkata: Nabi berwudhu’ daripadanya.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini diriwayatkan daripada Abu Zaid daripada ‘Abdullah daripada Nabi SAW dan Abu Zaid adalah perawi yang tidak dikenali (majhul) menurut ulama’ hadith, tidak diketahui baginya riwayat melainkan hadith ini. Sesetengah ulama’ beranggapan harus berwudhu’ dengan nabiz, diantaranya Sufyan ath-Thauri dan selainnya. Sesetengah pula tidak mengharuskan

berwudhu’ dengan nabiz.

Pendapat ini merupakan pendapat asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Ishaq berkata: Apabila seseorang dipaksa menggunakan air nabiz dia boleh berwudhu’ dengannya. Namun menurut Ishaq: Bertayammum lebih aku suka.

Abu ‘Isa berkata: pandangan orang yang tidak berwudhu’ dengan air nabiz lebih dekat kepada al-Qur’an kerana Allah SWT berfirman: “Kemudian kamu sekalian tidak menemukan air maka bertayammumlah dengan tanah yang suci.

(Surah al-Nisa’: 43).

 

 

 


Pengajaran

1. Hadith ini menceritakan mengenai berwudhu’ dengan air nabiz.

2. Air nabiz ialah air yang digunakan untuk merendam buah- 

    buahan seperti kurma, kismis dan sebagainya supaya keluar

    rasa manis buahbuahan.

 

3.Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa hadith Ibn Mas‘ud  

adalah dha‘if. Hadith mengenai berwudhu’ dengan air nabiz juga bertentangan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kamu tidak mendapati air maka bertayammumlah.” Air ini jelas menunjukkan bahawa jika sekiranya tiada air maka hendaklah bertayammum

Hits: 422

Carian Hadith