Hadis no 12

Perawi : Aisyah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Larangan Buang Air Kecil Dalam Keadaan Berdiri

No. Hadith : 12

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شَرِيكٌ، عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ، مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًا.
وَفِي الْبَابِ عَنْ عُمَرَ، وَبُرَيْدَةَ.
حَدِيثُ عَائِشَةَ أَحْسَنُ شَيْءٍ فِي الْبَابِ وَأَصَحُّ.
وَحَدِيثُ عُمَرَ إِنَّمَا رُوِيَ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ الْكَرِيمِ بْنِ أَبِي الْمُخَارِقِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنْ عُمَرَ، قَالَ: رَآنِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبُولُ قَائِمًا، فَقَالَ: يَا عُمَرُ، لاَ تَبُلْ قَائِمًا، فَمَا بُلْتُ قَائِمًا بَعْدُ.

وَإِنَّمَا رَفَعَ هَذَا الْحَدِيثَ عَبْدُ الْكَرِيمِ بْنُ أَبِي الْمُخَارِقِ، وَهُوَ ضَعِيفٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ؛ ضَعَّفَهُ أَيُّوبُ السَّخْتِيَانِيُّ وَتَكَلَّمَ فِيهِ.
وَرَوَى عُبَيْدُ اللهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ عُمَرُ: مَا بُلْتُ قَائِمًا مُنْذُ أَسْلَمْتُ.
وَهَذَا أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ الْكَرِيمِ.
وَحَدِيثُ بُرَيْدَةَ فِي هَذَا غَيْرُ مَحْفُوظٍ.
وَمَعْنَى النَّهْيِ عَنِ الْبَوْلِ قَائِمًا عَلَى التَّأْدِيبِ لاَ عَلَى التَّحْرِيمِ وَقَدْ رُوِيَ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ: إِنَّ مِنَ الْجَفَاءِ أَنْ تَبُولَ وَأَنْتَ قَائِمٌ

Terjemahan

Ali bin Juhr menceritakan kepada kami katanya: Syarik Mengkhabarkan kepada kami daripada al-Miqdam bin Syuraih daripada bapanya daripada ‘Aisyah RA katanya: Sesiapa menceritakan kepada engkau bahawa Nabi SAW pernah buang air kecil dalam keadaan berdiri, maka janganlah percaya. Tidaklah Nabi SAW buang air kecil melainkan dalam keadaan duduk. Abu ‘Isa berkata: Bab ini mengandungi riwayat daripada ‘Umar, Buraidah dan ‘Abd ar-Rahman bin Hasan. Abu ‘Isa berkata: Hadith ‘Aisyah adalah yang paling baik dan sahih pada bab ini. Hadith ‘Umar diriwayatkan daripada hadith ‘Abd al-Karim bin Abu alMukhariq daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar daripada ‘Umar katanya: Nabi SAW telah melihat aku buang air kecil dalam keadaan berdiri, maka Nabi bersabda: Wahai ‘Umar, janganlah engkau buang air kecil dalam keadaan berdiri, maka aku pun tidak buang air kecil dalam keadaan berdiri selepas itu.

Abu ‘Isa berkata: ‘Abd al-Karim bin al-Mukhariq yang memarfu’kan (hadith yang diriwayatkan hingga kepada Nabi) hadith ini. Beliau merupakan seorang yang lemah menurut ulama’ hadith. Ayub as-Sakhtiyani telah menghukumkan beliau sebagai lemah dan mempertikaikannya. ‘Ubaidullah daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar katanya: ‘Umar RA berkata: aku tidak buang air kecil dalam keadaan berdiri semenjak aku masuk Islam. Hadith ini lebih sahih daripada hadith ‘Abd al-Karim. Hadith Buraydah dalam perkara ini tidak terpelihara (ghayr mahfuz). Maksud tegahan daripada buang air kecil dalam keadaan berdiri ialah ta’dib (mengajarkan adab) bukanlah haram. Telah diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud katanya: Bahawa sesetengah daripada tabiat kasar dan tidak beradab ialah kencing dalam keadaan berdiri.

 

 

 


Pengajaran

1. Adab paling utama dalam membuang air kecil adalah dalam keadaan duduk dan bukannya dalam keadaan berdiri.

 

2. Tegahan buang air kecil dalam keadaan berdiri tidaklah membawa kepada peringkat haram (berdosa) tetapi tegahan itu merupakan ta’dib (mengajarkan adab) kerana perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada tabiat kasar serta tidak beradab.

Hits: 800

Carian Hadith