Permulaan Disyariatkan Azan

Perawi : Abdullah bin Umar RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 190

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ النَّضْرِ بْنِ أَبِي النَّضْرِ، حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنَا نَافِعٌ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ كَانَ الْمُسْلِمُونَ حِينَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ يَجْتَمِعُونَ فَيَتَحَيَّنُونَ الصَّلَوَاتِ وَلَيْسَ يُنَادِي بِهَا أَحَدٌ فَتَكَلَّمُوا يَوْمًا فِي ذَلِكَ فَقَالَ بَعْضُهُمُ اتَّخِذُوا نَاقُوسًا مِثْلَ نَاقُوسِ النَّصَارَى ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُهُمُ اتَّخِذُوا قَرْنًا مِثْلَ قَرْنِ الْيَهُودِ ‏.‏ قَالَ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَوَلاَ تَبْعَثُونَ رَجُلاً يُنَادِي بِالصَّلاَةِ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ يَا بِلاَلُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلاَةِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ ‏.

Terjemahan

Daripada Ibn ‘Umar berkata: Orang Islam ketika datang ke Madinah, mereka berkumpul dan mengira-ngira waktu solat. Tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Lalu pada suatu hari mereka membincangkan yang demikian itu. Maka sesetengah mereka berkata: Ambillah loceng seperti loceng orang Nasrani, sesetengah lagi berkata: ambillah terompet seperti terompet orang Yahudi! Ibn ‘Umar berkata: ‘Umar bin Khattab berkata: Tidakkah kamu semua mengutus seseorang untuk menyeru solat? Ibn ‘Umar berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Bilal, bangunlah dan serulah untuk solat! Abu ‘Isa berkata: hadith ini adalah hadith hasan sahih gharib daripada hadith Ibn ‘Umar.


Pengajaran

1. Para sahabat berijtihad dalam menentukan azan solat ketika mula sampai di Madinah.

2. Orang Yahudi menyeru solat dengan memukul atau meniup trompet manakala orang Nasrani memukul loceng iaitu kayu kecil yang dipukulkan kepada kayu besar sehingga menghasilkan bunyi.

3. Syariat azan bermula apabila Nabi SAW mengarahkan kepada Bilal untuk bangun dan menyeru orang Islam untuk mendirikan solat.

Hits: 536

Carian Hadith