Permulaan Disyariatkan Azan

Perawi : Abdullah bin Zayd RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 189

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الأُمَوِيُّ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْحَارِثِ التَّيْمِيِّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ لَمَّا أَصْبَحْنَا أَتَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَخْبَرْتُهُ بِالرُّؤْيَا فَقَالَ ‏"‏ إِنَّ هَذِهِ لَرُؤْيَا حَقٍّ فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَإِنَّهُ أَنْدَى وَأَمَدُّ صَوْتًا مِنْكَ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا قِيلَ لَكَ وَلْيُنَادِ بِذَلِكَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ فَلَمَّا سَمِعَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ نِدَاءَ بِلاَلٍ بِالصَّلاَةِ خَرَجَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ يَجُرُّ إِزَارَهُ وَهُوَ يَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ الَّذِي قَالَ ‏.‏ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ فَلِلَّهِ الْحَمْدُ فَذَلِكَ أَثْبَتُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ أَتَمَّ مِنْ هَذَا الْحَدِيثِ وَأَطْوَلَ وَذَكَرَ فِيهِ قِصَّةَ الأَذَانِ مَثْنَى مَثْنَى وَالإِقَامَةِ مَرَّةً مَرَّةً ‏.‏ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ رَبِّهِ وَيُقَالُ ابْنُ عَبْدِ رَبٍّ وَلاَ نَعْرِفُ لَهُ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم شَيْئًا يَصِحُّ إِلاَّ هَذَا الْحَدِيثَ الْوَاحِدَ فِي الأَذَانِ ‏.‏ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ الْمَازِنِيُّ لَهُ أَحَادِيثُ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ عَمُّ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ 

Terjemahan

Daripada Muhammad bin ‘Abdullah bin Zaid, daripada bapanya berkata: Ketika pagi hari kami datang kepada Rasulullah SAW, lalu aku menceritakan mimpiku kepada Rasulullah SAW lalu bersabda: Sesungguhnya mimpi itu benar, maka berdirilah bersama Bilal kerana beliau lebih merdu dan panjang nafasnya daripada engkau. Maka sampaikanlah kepada Bilal apa yang telah dikatakan kepadamu dan hendaklah dia melaungkan yang demikian itu. ‘Abdullah berkata: Ketika ‘Umar bin Khattab mendengar laungan Bilal untuk solat, maka beliau keluar kepada Rasulullah SAW sambil menarik kainnya lalu berkata: Wahai Rasulullah! Demi tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran, sesungguhnya aku telah bermimpi seperti apa yang dia katakan. Rasulullah SAW bersabda: Segala puji bagi Allah SWT yang demikian itu lebih kuat. Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ibn ‘Umar. Abu ‘Isa berkata: Hadith ‘Abdullah bin Zaid adalah hadith hasan sahih. Ibrahim bin Sa‘id telah meriwayatkan hadith ini daripada Muhammad bin Ishaq, lebih sempurna dan panjang daripada hadith ini, dan beliau menyebutkan kisah azan dua kalidua kali dan iqamat sekali-sekali.‘Abdullah bin Zaid ialah Ibn ‘Abdi Rabbih, dikata juga Ibn ‘Abdi Rabb, kami tidak mengetahui baginya riwayat yang sahih daripada Nabi SAW melainkan hadith ini satu-satunya dalam perkara azan. ‘Abdullah bin ‘Asim al-Mazini baginya ada hadith-hadith daripada Nabi SAW, beliau adalah bapa saudara ‘Abbad bin Tamim.


Pengajaran

1. Azan tidak disyariatkan kecuali setelah Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Solat yang dilaksanakan di Mekah adalah tanpa azan. Namun terdapat hadith yang menceritakan mengenai azan sebelum hijrah tetapi darjatnya lemah.

2. Antara adab-adab mu’azzin ialah disunatkan meninggikan suaranya.

3. Sebahagian ulama’ menjelaskan bahawa Nabi SAW menetapkan azan dengan wahyu kerana ijtihad tidak dibenarkan bagi Nabi SAW tetapi majoriti ulama’ menyatakan bahawa Nabi juga berijtihad.

4. Seseorang Muslim hendaklah memuji Allah apabila melihat apa yang memudahkannya dalam urusan agama kerana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Milik Allahlah segala pujian.

Hits: 1868

Carian Hadith