Hadis no 11

Perawi : Abdullah bin Umar RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :(Rukhsah) Kelonggaran Dalam Hal Tersebut

No. Hadith : 11

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ قال: حَدَّثَنَا عَبْدَةُ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنْ عَمِّهِ وَاسِعِ بْنِ حَبَّانَ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: رَقِيتُ يَوْمًا عَلَى بَيْتِ حَفْصَةَ، فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حَاجَتِهِ مُسْتَقْبِلَ الشَّامِ مُسْتَدْبِرَ الْكَعْبَةِ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

Terjemahan

Hannad telah menceritakan kepada kami, katanya: Abdah menceritakan kepada kami daripada Ubaidillah bin Umar daripada Muhammad bin Yahya bin Habban daripada bapa saudaranya Wasi’ bin Habban daipada Ibn Umar  katanya: Pada suatu hari aku naik ke atas rumah Hafsah, maka aku melihat Nabi SAW sedang qadha hajat dan menghadap ke negeri Sham membelakangi Kaabah. Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan lagi sahih.


Pengajaran

1. Hadith ini menyokong maksud hadith sebelumnya ini.

2. Nabi SAW melarang umat Islam menghadap qiblat ketika membuang air kecil melainkan dalam keadaan darurat.

Hits: 587

Carian Hadith