Menjama‘kan Antara Dua Solat

Perawi : Ibnu Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 188

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ، يَحْيَى بْنُ خَلَفٍ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ حَنَشٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَنْ جَمَعَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ فَقَدْ أَتَى بَابًا مِنْ أَبْوَابِ الْكَبَائِرِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَنَشٌ هَذَا هُوَ أَبُو عَلِيٍّ الرَّحَبِيُّ وَهُوَ حُسَيْنُ بْنُ قَيْسٍ وَهُوَ ضَعِيفٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ ضَعَّفَهُ أَحْمَدُ وَغَيْرُهُ ‏.‏ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنْ لاَ يَجْمَعَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ إِلاَّ فِي السَّفَرِ أَوْ بِعَرَفَةَ ‏.‏ وَرَخَّصَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنَ التَّابِعِينَ فِي الْجَمْعِ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ لِلْمَرِيضِ وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ يَجْمَعُ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ فِي الْمَطَرِ وَبِهِ يَقُولُ الشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ ‏.‏ وَلَمْ يَرَ الشَّافِعِيُّ لِلْمَرِيضِ أَنْ يَجْمَعَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ ‏. ‏

Terjemahan

Daripada Ibn ‘Abbas daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan jama‘ antara dua solat tanpa sebarang alasan maka dia telah mendatangi satu pintu daripada pintu-pintu dosa-dosa besar. Abu ‘Isa berkata: Hanash ialah Abu ‘Ali ar-Rahabi iaitu Husain bin Qays, merupakan seorang yang dha‘if di sisi ulama’ hadith. Beliau di-tad‘ifkan oleh Ahmad dan selainnya. Amalan terhadap hadith ini di sisi ulama’ bahawa tidak boleh menjama‘ dua solat melainkan ketika musafir atau di ‘Arafah. Sesetengah ulama’ daripada tabi’in memberikan keringanan jama‘ antara dua solat bagi orang yang sakit. Pendapat ini merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. Sesetengah ulama’ membolehkan jama‘ antara dua solat pada waktu hujan. Pendapat ini merupakan pendapat asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Asy-Syafi‘i tidak melihat harusnya jama‘ antara dua solat bagi orang yang sakit.


Pengajaran

Hadith ini mengisyaratkan bahawa jama‘ antara dua solat tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan yang diizinkan oleh syarak.

Hits: 407

Carian Hadith