Doa Selepas Wuduk

Perawi : Umar bin al-Khattab RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Doa Selepas Wuduk

No. Hadith : 51

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عِمْرَانَ الثَّعْلَبِيُّ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ حُبَابٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ يَزِيدَ الدِّمَشْقِيِّ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الْخَوْلَانِيِّ وَأَبِي عُثْمَانَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ الْمُتَطَهِّرِينَ فُتِحَتْ لَهُ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ. قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَنَسٍ وَعُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عُمَرَ قَدْ خُولِفَ زَيْدُ بْنُ حُبَابٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ قَالَ وَرَوَى عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ وَغَيْرُهُ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ عَنْ عُمَرَ وَعَنْ رَبِيعَةَ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنْ عُمَرَ وَهَذَا حَدِيثٌ فِي إِسْنَادِهِ اضْطِرَابٌ وَلَا يَصِحُّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْبَابِ كَبِيرُ شَيْءٍ قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَبُو إِدْرِيسَ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عُمَرَ شَيْئًا

Terjemahan

Ja‘far bin Muhammad bin ‘Imran al-Tha‘labi al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Zaid bin Hubab telah meriwayatkan kepada kami, daripada Mu‘awiyah bin Salih, daripada Rabi‘ah bin Yazid al-Dimashqi, daripada Abu Idris al-Khawlani dan Abu ‘Uthman, daripada ‘Umar bin al-Khattab RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk dan memperelokkan wuduknya kemudian berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad SAW itu hamba dan pesuruhNya. Ya Tuhanku, jadikanlah aku termasuk daripada golongan yang bertaubat, dan jadikanlah aku termasuk golongan yang bersuci,” nescaya dibukakan baginya lapan pintu syurga untuk dia memasukinya daripada pintu mana yang dia kehendaki.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Anas RA dan ‘Uqbah bin ‘Amir. Abu ‘Isa berkata: Zaid bin Hubab telah berselisih mengenai hadith ‘Umar. Katanya: ‘Abdullah bin Soleh dan selainnya telah meriwayatkan daripada Mu‘awiyah bin Saleh daripada Rabi‘ah bin Zaid daripada Abu Idris daripada ‘Uqbah bin ‘Amir daripada ‘Umar dan daripada Rabi‘ah daripada Abu ‘Uthman daripada Jubair bin Nufair daripada ‘Umar. Pada sanad hadith ini terdapat idtirab (ungkapan ini menunjukkan hadith ini da‘if). Banyak hadith pada bab ini yang tidak sahih daripada Nabi SAW Muhammad berkata: Abu Idris tidak mendengar suatu (hadith) pun daripada ‘Umar.


Pengajaran

1. Disunatkan membaca doa selepas berwuduk sebagaimana yang dinyatakan dalam teks hadith.

2. Pintu-pintu syurga dibuka bagi sesiapa yang membaca doa selepas berwuduk sebagai satu kurniaan kepadanya.

Hits: 4276

Carian Hadith