Berwudhu ’ kerana Muntah dan Keluar Darah daripada Hidung

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wudhu

No. Hadith : 87

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ أَبِي السَّفَرِ، - وَهُوَ أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْهَمْدَانِيُّ الْكُوفِيُّ وَإِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ حَدَّثَنَا وَقَالَ، إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَمْرٍو الأَوْزَاعِيُّ، عَنْ يَعِيشَ بْنِ الْوَلِيدِ الْمَخْزُومِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مَعْدَانَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَاءَ فَأَفْطَرَ فَتَوَضَّأَ ‏.‏ فَلَقِيتُ ثَوْبَانَ فِي مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ صَدَقَ أَنَا صَبَبْتُ لَهُ وَضُوءَهُ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ مَعْدَانُ بْنُ طَلْحَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَابْنُ أَبِي طَلْحَةَ أَصَحُّ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَأَى غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَغَيْرِهِمْ مِنَ التَّابِعِينَ الْوُضُوءَ مِنَ الْقَىْءِ وَالرُّعَافِ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ لَيْسَ فِي الْقَىْءِ وَالرُّعَافِ وُضُوءٌ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ ‏.‏ وَقَدْ جَوَّدَ حُسَيْنٌ الْمُعَلِّمُ هَذَا الْحَدِيثَ ‏.‏ وَحَدِيثُ حُسَيْنٍ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ ‏.‏ وَرَوَى مَعْمَرٌ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ فَأَخْطَأَ فِيهِ فَقَالَ عَنْ يَعِيشَ بْنِ الْوَلِيدِ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ الأَوْزَاعِيَّ وَقَالَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ وَإِنَّمَا هُوَ مَعْدَانُ بْنُ أَبِي طَلْحَةَ ‏.

Terjemahan

Daripada Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW muntah, kemudian membatalkan puasanya dengan berbuka, kemudian berwudhu’. Aku telah menemui Thauban di masjid Damsyiq lalu aku menceritakan kisah itu kepadanya. Beliau menyatakan: Benar, aku yang menuangkan air wudhu’ Rasulullah SAW. 

Abu ‘Isa berkata: Ishaq bin Mansur berkata: Ma‘dan bin Talhah. Abu ‘Isa berkata: Ibn Abu Talhah lebih sahih.

Abu ‘Isa berkata: Ramai ulama’ daripada sahabat-sahabat Nabi SAW dan para Tabi‘in berpandangan bahawa wajib berwudhu’ disebabkan muntah dan keluar darah daripada hidung. Pendapat ini juga merupakan pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn al-Mubarak, Ahmad dan Ishaq.

Sebahagian ulama’ berkata: Tidak wajib berwudhu’ disebabkan muntah dan keluar darah daripada hidung. Pendapat ini merupakan pendapat Malik dan asy-Syafi‘i. Husain al-Mu‘allim telah menyatakan hadith ini hasan.

Hadith Husain merupakan hadith paling sahih dalam bab ini. Ma‘mar meriwayatkan hadith ini daripada Yahya bin Abu Kathir dan beliau melakukan kesalahan. Beliau menyatakan daripada Ya‘isy bin al-Walid daripada Khalid bin Ma‘dan daripada Abu Darda’ tetapi tidak menyebutkan di dalamnya al-Awza‘i. Beliau menyebutkan daripada Khalid bin Ma‘dan tetapi sebenarnya Ma‘dan bin Abu Talhah.


Pengajaran

 

 

1.   1.  Muntah dan keluar darah daripada hidung membatalkan wudhu’.

2. Sebahagian ulama’ menyatakan hadith ini sahih, namun ada juga yang menyatakannya dha‘if.

3. Ulama’ yang menyatakan hadith ini sahih beranggapan bahawa  sesuatuyang keluar daripada tubuh badan manusia apabila

    banyak, maka ia membatalkan wudhu’.

4. Imam asy-Syafi‘i dan Malik berpendapat bahawa muntah dan darah keluar daripada hidung tidak membatalkan wudhu’.

5. Sebahagian ulama’ menyamakan darah yang keluar daripada  hidung dengan darah disebabkan oleh kecederaan, luka dan

    sebagainya. Para sahabat juga pernah solat dalam keadaan luka dan cedera akibat peperangan.

 

Hits: 2629

Carian Hadith