Apa Erti Kekayaan?
Matan Hadith
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.
]صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب الغنى غنى النفس , حديث رقم 6446[
]صحيح مسلم ، كتاب الزكاة , باب ليس الغنى عن كثرة العرض , حديث رقم 1051]
Terjemahan
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)
Pengajaran
- Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta. Kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya, sentiasa berusaha untuk menambah hartanya.
- Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.
- Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.