Mandi Junub kerana Keluarnya Air Mani

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Mandi Junub kerana Keluarnya Air Mani

No. Hadith : 111

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنيِعٍ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ المُبَارَكِ قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ،عَنِ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الإِسْنَادِ مِثْلَهُ، هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَإِمَا كَانَ المَاءُ مِنَ المَاءِ فِي أَوَّلِ الإِسْلاَمِ ، ثُمَّ نُسِخَ بَعْدَ ذَلِكَ، وَهَكَذَا رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ: أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ، وَرَافِعُ بْنُ خَدِيجٍ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ العِلْمِ: عَلَى أَنَّهُ إِذَا جَامَعَ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ فِي الفَرْجِ وَجَبَ عَلَيْهِمَا الغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلَا.

Terjemahan

Ahmad bin Mani’ telah menceritakan kepada kami berkata: Ibn al-Mubarak telah menceritakan kepada kami berkata: Ma‘mar telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri dengan sanad ini seperti matan sebelumnya. Hadith ini adalah hadith hasan sahih. Air (mandi junub) disebabkan oleh air mani adalah pada awal permulaan Islam. Kemudian, dimansukhkan selepas itu. Ramai daripada sahabat Nabi yang meriwayatkan antaranya Ubaiy bin Ka‘ab dan Rafi’M bin Khadij. Amalan terhadap hadith ini dalam kalangan majoriti ulama’ bahawa jika seseorang lelaki bersetubuh dengan isterinya pada kemaluannya, maka kedua-duanya wajib mandi walaupun tidak keluar air mani..

Hits: 296

Carian Hadith