Orang Yang Mendapat Satu Rakaat Solat Asar Sebelum Matahari Terbenam

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 186

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا مَعْنٌ، حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، وَعَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ، وَعَنِ الأَعْرَجِ، يُحَدِّثُونَهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَنْ أَدْرَكَ مِنَ الصُّبْحِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الصُّبْحَ وَمَنْ أَدْرَكَ مِنَ الْعَصْرِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الْعَصْرَ ‏"‏ ‏.‏ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَائِشَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ أَصْحَابُنَا وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ ‏.‏ وَمَعْنَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَهُمْ لِصَاحِبِ الْعُذْرِ مِثْلُ الرَّجُلِ يَنَامُ عَنِ الصَّلاَةِ أَوْ يَنْسَاهَا فَيَسْتَيْقِظُ وَيَذْكُرُ عِنْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَعِنْدَ غُرُوبِهَا ‏.

Terjemahan

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang sempat mendapatkan satu rakaat daripada solat Subuh sebelum terbit matahari maka sesungguhnya dia telah sempat mendapatkan solat Subuh, dan sesiapa yang sempat mendapatkan satu rakaat daripada Asar sebelum terbenam matahari, maka sesungguhnya dia telah sempat mendapatkan solat Asar. Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Aisyah. Abu ‘Isa berkata: Hadith Abu Hurayrah adalah hadith hasan sahih. Pendapat ini dipegang oleh ulama’ hadith, asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Maksud hadith ini menurut mereka ialah bagi sesiapa yang mempunyai keuzuran seperti seseorang yang tertidur daripada solat atau terlupa kemudian terjaga dan ingat pada saat matahari hampir terbenam dan hampir terbit.


Pengajaran

 

1. Seseorang dianggap mendapatkan waktu solat walaupun hanya sempat dengan satu rakaat sahaja.

2. Ulama’ bersepakat berpendapat wanita yang haid jika sempat mendapatkan satu rakaat solat kemudian keluar darah haid maka wajib baginya qadha’ solat tersebut apabila telah bersuci.

3. Wanita yang haid wajib menunaikan solat jika suci sebelum terbenam matahari. Begitu juga bagi seorang kafir yang masuk Islam sebelum terbenam matahari dan orang gila yang kembali sedar sebelum terbenam matahari.

4. Walaupun hadith ini menyatakan solat Subuh dan solat Asar sahaja tetapi sebenarnya ia merangkumi semua solat berdasarkan hadith yang bermaksud: “Sesiapa yang mendapatkan satu rakaat daripada solat maka dia telah mendapatkan solat”.

Hits: 585

Carian Hadith