Menggunakan Kain (Untuk Mengelap) Selepas Berwuduk

Perawi : Muaz bin Jabal RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Menggunakan Kain (Untuk Mengelap) Selepas Berwuduk

No. Hadith : 50

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا رِشْدِينُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زِيَادِ بْنِ أَنْعُمٍ عَنْ عُتْبَةَ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ نُسَيٍّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غَنْمٍ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَوَضَّأَ مَسَحَ وَجْهَهُ بِطَرَفِ ثَوْبِهِ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَإِسْنَادُهُ ضَعِيفٌ وَرِشْدِينُ بْنُ سَعْدٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادِ بْنِ أَنْعُمٍ الْأَفْرِيقِيُّ يُضَعَّفَانِ فِي الْحَدِيثِ وَقَدْ رَخَّصَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ فِي التَّمَنْدُلِ بَعْدَ الْوُضُوءِ وَمَنْ كَرِهَهُ إِنَّمَا كَرِهَهُ مِنْ قِبَلِ أَنَّهُ قِيلَ إِنَّ الْوُضُوءَ يُوزَنُ وَرُوِيَ ذَلِكَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ وَالزُّهْرِيِّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حُمَيْدٍ الرَّازِيُّ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ قَالَ حَدَّثَنِيهِ عَلِيُّ بْنُ مُجَاهِدٍ عَنِّي وَهُوَ عِنْدِي ثِقَةٌ عَنْ ثَعْلَبَة عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ إِنَّمَا كُرِهَ الْمِنْدِيلُ بَعْدَ الْوُضُوءِ لِأَنَّ الْوُضُوءَ يُوزَنُ

Terjemahan

Qutaybah telah menceritakan kepada kami, katanya: Rishdin bin Sa‘id telah menceritakan kepada kami, daripada ‘Abd al-Rahman bin Ziyad bin An‘um, daripada ‘Utbah bin Humayd, daripada ‘Ubadah bin Nusayy, daripada A’bd al-Rahman bin Ghanam, daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau berkata: “Aku telah melihat Nabi SAW apabila berwuduk, Baginda menyapu mukanya dengan hujung kainnya.”

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini gharib dan sanadnya lemah. Risydin bin Sa‘d dan ‘Abd ar-Rahman bin Ziyad bin An‘um al-Ifriqiy dihukumkan sebagai lemah dalam hadith. Segolongan ulama’ daripada kalangan sahabat Nabi SAW dan generasi selepas mereka mengharuskan menyapu air selepas berwuduk. Manakala ulama yang melarangnya kerana dikatakan bahawa wuduk itu akan ditimbang. Hadith ini juga telah diriwayatkan daripada Sa‘id bin al-Musayyab dan az-Zuhri. Muhammad bin Humaid ar-Razi telah menceritakan kepada kami, Jarir telah menceritakan kepada kami katanya: ‘Ali bin Mujahid telah menceritakan kepadaku mengenainya dan beliau merupakan seorang yang thiqah (dipercayai) di sisiku, daripada Tha‘labah daripada az-Zuhriy katanya: Dilarang menyapu air selepas berwuduk kerana wuduk itu akan ditimbang (pada hari kiamat).


Pengajaran

1. Hadith ini menyokong maksud hadith sebelum ini.

2. Sesetengah ulama melarang mengelap air wuduk tersebut kerana ia mensucikan diri sekali gus boleh menggugurkan dosa.

Hits: 398

Carian Hadith