Solat Sunat Sebelum Solat Maghrib

Perawi : Abdullah bin Mughaffal RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 185

Status :

Matan Hadith

 

 حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ كَهْمَسِ بْنِ الْحَسَنِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ لِمَنْ شَاءَ ‏"‏ ‏.‏ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَقَدِ اخْتَلَفَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي الصَّلاَةِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ فَلَمْ يَرَ بَعْضُهُمُ الصَّلاَةَ قَبْلَ الْمَغْرِبِ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُمْ كَانُوا يُصَلُّونَ قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ ‏.‏ وَقَالَ أَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ إِنْ صَلاَّهُمَا فَحَسَنٌ ‏.‏ وَهَذَا عِنْدَهُمَا عَلَى الاِسْتِحْبَابِ ‏.

 

Terjemahan

Daripada ‘Abdullah bin Mughaffal, daripada Nabi SAW bersabda: Di antara dua azan terdapat solat bagi sesiapa yang hendak mengerjakannya. Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Abdullah bin al-Zubair. Abu ‘Isa berkata: hadith ‘Abdullah bin Mughaffal adalah hadith hasan sahih. Sahabat sahabat Nabi SAW telah berselisih pendapat mengenai solat sebelum Maghrib. Sesetengah mereka beranggapan tiada solat sunat sebelum Maghrib. Telah diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat Nabi SAW bahawa mereka solat sunat dua rakaat antara azan dan iqamat sebelum solat Maghrib. Ahmad dan Ishaq berkata: Jika seseorang solat dua rakaat maka itu adalah baik dan amalan ini di sisi keduanya adalah digalakkan.


Pengajaran

1. Ulama’ yang berpegang dengan pendapat tiada solat sunat selepas azan Maghrib berhujah dengan alasan ditakuti melewatkan solat Maghrib Kitab as-Solat 205 dari awal waktunya. Disunatkan bagi seseorang Muslim solat dua rakaat sebelum solat Maghrib kerana umumnya hadith ini.

2. Hadith yang bermaksud “antara dua azan ada solat” memasukkan solat sunat Maghrib sebagai amalan yang perlu dilakukan. Namun Nabi SAW mengikat sabdanya dengan lafaz “bagi sesiapa yang mengehendaki” bagi menunjukkan ia tidak wajib.

Hits: 947

Carian Hadith