Menggunakan Kain (Untuk Mengelap) Selepas Berwuduk

Perawi : Aisyah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Menggunakan Kain (Untuk Mengelap) Selepas Berwuduk

No. Hadith : 49

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعِ بْنِ الْجَرَّاحِ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ حُبَابٍ عَنْ أَبِي مُعَاذٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِرْقَةٌ يُنَشِّفُ بِهَا بَعْدَ الْوُضُوءِ. قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَائِشَةَ لَيْسَ بِالْقَائِمِ وَلَا يَصِحُّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْبَابِ شَيْءٌ وَأَبُو مُعَاذٍ يَقُولُونَ هُوَ سُلَيْمَانُ بْنُ أَرْقَمَ وَهُوَ ضَعِيفٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ

Terjemahan

Sufyan bin Waki‘ bin al-Jarrah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Abdullah bin Wahb telah meriwayatkan kepada kami, daripada Zaid bin Hubab, daripada Abi Mu‘az, daripada al-Zuhri, daripada ‘Urwah, daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW mempunyai kain yang Baginda gunakan untuk mengeringkan air selepas berwuduk.”

Kata Abu ‘Isa: Hadith ‘Aishah tidak kuat dan tidak ada dalam bab ini hadith yang sahih daripada Nabi SAW. Mereka (ulama hadith) berkata: Abu Mu‘az adalah Sulaiman bin Arqam, dia seorang yang daif di sisi ahli hadith. (Abu ‘Isa) berkata lagi: Dalam bab ini juga terdapat riwayat dari Mu‘az bin Jabal RA.


Pengajaran

1. Ulama’ menghukum hadith ini adalah da‘if.

2. Hadith ini menunjukkan keharusan mengelap anggota wuduk selepas berwuduk.

Hits: 381

Carian Hadith