Solat selepas Solat Asar

Perawi : Ibnu Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 184

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ إِنَّمَا صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعَصْرِ لأَنَّهُ أَتَاهُ مَالٌ فَشَغَلَهُ عَنِ الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ فَصَلاَّهُمَا بَعْدَ الْعَصْرِ ثُمَّ لَمْ يَعُدْ لَهُمَا ‏.‏ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَائِشَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَمَيْمُونَةَ وَأَبِي مُوسَى ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَقَدْ رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ صَلَّى بَعْدَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ ‏.‏ وَهَذَا خِلاَفُ مَا رُوِيَ عَنْهُ أَنَّهُ نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ ‏"‏ ‏.‏ وَحَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ أَصَحُّ حَيْثُ قَالَ لَمْ يَعُدْ لَهُمَا ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ نَحْوُ حَدِيثِ ابْنِ عَبَّاسٍ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَائِشَةَ فِي هَذَا الْبَابِ رِوَايَاتٌ رُوِيَ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَا دَخَلَ عَلَيْهَا بَعْدَ الْعَصْرِ إِلاَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَرُوِيَ عَنْهَا عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ‏.‏ وَالَّذِي اجْتَمَعَ عَلَيْهِ أَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ عَلَى كَرَاهِيَةِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ إِلاَّ مَا اسْتُثْنِيَ مِنْ ذَلِكَ مِثْلُ الصَّلاَةِ بِمَكَّةَ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ بَعْدَ الطَّوَافِ فَقَدْ رُوِيَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم رُخْصَةٌ فِي ذَلِكَ ‏.‏ وَقَدْ قَالَ بِهِ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَمَنْ بَعْدَهُمْ ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ الشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ ‏.‏ وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَمَنْ بَعْدَهُمُ الصَّلاَةَ بِمَكَّةَ أَيْضًا بَعْدَ الْعَصْرِ وَبَعْدَ الصُّبْحِ ‏.‏ وَبِهِ يَقُولُ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَبَعْضُ أَهْلِ الْكُوفَةِ ‏.

Terjemahan

Daripada Ibn ‘Abbas berkata: Sesungguhnya Nabi SAW solat dua rakaat selepas Asar kerana dibawakan kepada baginda harta sehingga disibukkan daripada mengerjakan solat sunat dua rakaat selepas Zuhur. Maka Nabi SAW mengerjakannya selepas Asar kemudian Nabi SAW tidak mengulanginya lagi. Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Aisyah, Ummu Salamah, Maimunah dan Abu Musa. Abu ‘Isa berkata: Hadith Ibn ‘Abbas adalah hadith hasan. Beberapa orang sahabat telah meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda solat selepas Asar dua rakaat. Hadith ini bertentangan dengan apa yang diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda melarang daripada solat selepas Asar hingga terbenam matahari. Hadith Ibn ‘Abbas ialah yang paling sahih, yang mana beliau berkata: Nabi SAW tidak mengulangi lagi solat sunat tersebut. Telah diriwayatkan juga daripada Zaid bin Thabit seumpama hadith Ibn ‘Abbas. Telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah beberapa riwayat dalam bab ini: Diriwayatkan daripadanya bahawa Nabi SAW tidak masuk menemui ‘Aisyah selepas Asar melainkan Nabi SAW solat dua rakaat. Diriwayatkan daripadanya daripada Ummu Salamah daripada Nabi SAW bahawa Nabi SAW melarang daripada solat selepas Asar hingga terbenam matahari dan selepas Subuh hingga terbit matahari. Majoriti ulama’ bersepakat larangan mengerjakan solat selepas solat Asar hingga terbenam matahari dan selepas Subuh hingga terbit matahari, melainkan apa yang dikecualikan daripada yang demikian, seperti solat di Makkah selepas Asar hingga terbenam matahari dan selepas Subuh hingga terbit matahari selepas melakukan tawaf. Telah diriwayatkan daripada Nabi SAW keringanan pada yang demikan itu. Beberapa ulama’ daripada sahabat Nabi SAW dan generasi selepas mereka berpegang dengan pendapat ini. Ia juga merupakan pendapat asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Sesetengah ulama’ daripada sahabat Nabi SAW dan generasi selepas mereka melarang solat di Mekah selepas Asar dan Subuh. Pendapat ini merupakan pendapat Sufyan ath-Thauri, Malik bin Anas dan sesetengah ulama’ Kufah.

Hits: 1178

Carian Hadith